Terkini! Malaysia tersenarai antara negara yang mempunyai jalan raya paling berbahaya untuk memandu

Terkini! Malaysia tersenarai antara negara yang mempunyai jalan raya paling berbahaya untuk memandu

Sebuah firma pendidikan pemanduan antarabangsa, Zutobi, telah mengeluarkan sejumlah data ‘Jalan Raya Paling Selamat & Berbahaya Di Dunia’. Malaysia berada dalam senarai sepuluh negara paling corot dengan markah keseluruhan sebanyak 5.63 daripada 10.

Berdasarkan data yang dikongsikan, Malaysia juga merekodkan skor 22.5 kematian lalu lintas bagi setiap 100,000 penduduknya, kedua tertinggi selepas Thailand dengan skor 32.3.

SUMBER GAMBAR: ZUTOBI

SUMBER GAMBAR: ZUTOBI

Pada masa sama, Malaysia juga merekodkan sebagai negara mempunyai jumlah kematian jalan raya yang paling rendah berkaitan alkohol, hanya 0.1%, walaupun antara negara yang mempunyai had BAC undang-undang yang paling longgar, pada 0.08%, untuk setiap pemandu bukan muslim di negara ini.

BAC  bermaksud kepekatan alkohol darah (blood alcohol concentration), merujuk kepada peratusan alkohol dalam aliran darah seseorang. Di Malaysia, seseorang itu disahkan mabuk jika mereka mempunyai kadar BAC 0.08% atau lebih tinggi.

Daripada 10 negara paling berbahaya di dunia untuk memandu, negara lain yang mengiringi Malaysia ialah Thailand, India, Argentina dan Amerika Syarikat.

Hasil data Zutobi mengesahkan Afrika Selatan merupakan negara paling adalah yang paling berbahaya untuk memandu di dunia dengan kadar skor penuh sebanyak 3.41 sahaja.

CATEGORIES

COMMENTS