Aksi Mak Leha smackdown Nurul di episod akhir ‘7 Hari Mencintaiku 3’ buat netizen puas hati

Aksi Mak Leha smackdown Nurul di episod akhir ‘7 Hari Mencintaiku 3’ buat netizen puas hati

“Ini yg pertama dan terakhir la aku join team 7HM,kalau ada next lg xnak la ku join! Silap2 aku yg kena serangan jantung stress..”

Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh salah seorang peminat drama bersiri yang menjadi bualan ramai iaitu ‘7 Hari Mencintaiku 3’ akhirnya melabuhkan tirai dengan episod akhir yang memuaskan hati para peminat drama.

Episod yang ditunggu tunggu oleh para netizen kerana pelbagai soalan yang timbul akhirnya terjawab pada episod akhir itu. Kegembiraan, kekecewaan dan segala emosi disatukan dalam satu episod akhir yang memberi pengajaran kepada semua.

Tangisan kebahagiaan yang terpancar pada episod akhir itu cukup membuatkan para netizen memberi reaksi positif kepada penerbit drama bersiri tersebut.

Klip yang dikongsikan itu menceritakan bahawa kisah seorang Nurul yang bertopengkan dengan pemakaian tetapi mempunyai niat yang begitu negatif akhirnya terbongkar jua disaat beliau ingin disatukan dengan Khuzairi iaitu isteri kepada Mia Adriana.

Rancangan jahat beliau dibongkarkan satu per satu dan membuatkan ramai terkejut dengan kejahatan yang beliau telah lakukan kepada keluarga Mak Leha. Sikap angkuh Nurul yang tidak mengaku akan kesalahan tersebut dan masih ingin melakukan kekhilafan membuatkan Mak Leha terus amuk di lokasi tersebut.

Amukan Mak Leha dipuji ramai kerana para peminat drama menyatakan bahawa Mak Leha seperti mewakilkan bagi pihak netizen untuk bertelingkah dengan nurul. Aksi Mak Leha dipuji ramai kerana emosi yang diberikan Nurul kepada peminat drama sungguh dramatik.

Lihat video yang dikongsikan

Komen netizen :

Drama yang meberi emosi yang begitu mendalam kepada penonton itu akhirnya sampai ke penhujung dan dikatakan itu merupakan yang terakhir dari pihak produksi kepada peminat drama bersiri tersebut.

Gandingan mantap dari barisan pelakon juga sangat profesional dan begitu mantap sekali sehingga mampu menggegarkan segala laman sosial sehinggakan drama tersebut diketahui sehingga di negara jiran seperti Indonesia. Sekalung tahniah kepada pihak produksi kerana mampu mengadaptasikan sebuah drama yang memberi 1001 pengajaran kepada semua masyarakat kini.

CATEGORIES

COMMENTS