Astrofotografer ini dedah gambar permukaan matahari pada resolusi tinggi

Astrofotografer ini dedah gambar permukaan matahari pada resolusi tinggi

Matahari merupakan bintang di pusat sistem solar yang didiami oleh planet kita, Bumi dan 8 yang lain. Saintis telah mengkaji dan mempelajari bintang ini sejak bertahun-tahun lamanya dan masih banyak juga misteri yang tersimpan.

Dengan kemajuan teknologi di abad ini melalui teleskop berkemampuan tinggi dan sistem pemprosesan yang canggih, seorang astrofotografer dapat menghasilkan gambar di bawah.

Gambar di atas merupakan gambar permukaan matahari telah diproses oleh jurugambar angkasa atau “astrophotographer“, Jason Guenzel. Beliau memproses gambar asal dengan mengurangkan kontras dan ‘detail‘ kromosfera pada gambar itu.

Maka, hasilnya kita dapat melihat garis-garis halus medan magnetik Matahari yang dalam keadaan struktur yang kompleks, baharu dan berbeza dari sebelum ini. Oleh itu, kita boleh gambarkan bagaimana rupa permukaan matahari yang sentiasa membakar dan bersuhu tinggi.

CATEGORIES

COMMENTS