Lelaki ini pecah rekod dunia, punyai 39 orang isteri

Lelaki ini pecah rekod dunia, punyai 39 orang isteri

Poligami memang menarik untuk dikupas. Sensasinya sentiasa ada dalam bentuk campuran: ada yang suka; ada yang marah. Yang suka mesti lelaki selalunya. Cuma lucu juga kalau fikir balik. Bukan main suka poligami tetapi diri sendiri masih tidak laku sampai sudah.

Yang marah pula selalunya perempuan. Bukan main meledak lagi sampai boleh baling-baling barang. Akhirnya tengok-tengok si pemarah itu yang paling bersyukur menerima madu kerana tidak perlu layan kerenah bangang sejenis makhluk asing bernama suami.

Tidak perlu tanya pada orang ramai. Rata-ratanya sudah biasa dengan definisi “poligami empat isteri”. Namun had isteri ini hanya ditetapkan Islam. Ada agama yang tidak menetapkan langsung. Tanpa had isteri, seorang lelaki boleh berkahwin seramai yang mahu (atau mampu). Maka memperkenalkan Ziona, seorang lelaki Kristian yang menetap di Mizoram, India.

Pemegang Rekod Dunia

Ziona dilahirkan pada 21 Julai 1945 di sebuah kampung yang terletak 100 kilometer daripada bandar raya Aizawl. Ketika berusia 17 tahun, beliau mendirikan rumahtangga dengan isteri sulung bernama Zathiangi.

Tengok pada cara, Zathiangi merupakan seorang wanita yang amat berdisiplin (Gregory, 2011). Sifat ini tidak boleh menghalang Ziona daripada mencari isteri kedua dan ketiga dan keempat… dan seterusnya.

Ziona

Memetik portal. Ziona sebenarnya boleh dikatakan macam seorang putera juga. Bapanya Chana adalah seorang ketua mazhab Kristian di kampung tersebut. Dan mazhab ini membenarkan poligami. Sebagai ketua, Chana harus mengerjakan amanah ini dengan cara berpoligami. Selepas Chana pergi buat selamanya, Ziona dipilih menjadi ketua. Dalam masa setahun, Ziona berkahwin dengan 10 orang isteri.

Untuk menampung keperluan para isterinya, Ziona membina sebuah rumah agam empat tingkat di kawasan Gunung Baktawng. Ziona mengambil sebuah bilik tidur untuk dirinya sendiri. Dan setiap malam, isterinya akan bergilir-gilir tidur bersamanya. Setiap hari pula, sekurang-kurangnya tujuh isteri memenuhi keperluan hariannya seperti makan, minum, dan sebagainya.

FILE PHOTO: A view of Ziona’s 4 storey house in Baktawng village in the northeastern Indian state of Mizoram, October 6, 2011. REUTERS/Adnan Abidi

Menurut para isteri, mereka tidak bersaing antara satu sama lain. Kerana Ziona selalu berlaku adil (Das, 2011). Pejam celik, Ziona berkahwin dengan 39 orang isteri. Dan dalam kalangan 39 orang ini, 22 berusia bawah 40 tahun. Rahim mereka telah mengandung 94 orang anak yang menimang 33 orang cucu pula. Tiga isteri sudah meninggal dunia sebelum tahun 2005 –ada yang lari meninggalkan Ziona, tidak pasti kenapa.

Ikut pada pencapaian ini, Ziona sebenarnya sudah memecah rekod dunia sebagai “Lelaki Paling Ramai Isteri” dibawah Guinness World Record. Walau bagaimanapun beliau tidak mahu sebarang publisiti daripada amalan ini (Udas, 2011). Memenuhi kehendaknya, pihak antarabangsa hanya memanggil mereka “Keluarga Terbesar Dunia”.

Jujurnya, keluarga Ziona sudah cukup untuk membangunkan sebuah kejiranan. Jumlah mereka sangat mampu untuk menampung kehidupan secara mandiri. Mereka menanam sayur untuk menyara diri. Dan Ziona pula membangunkan sebuah sekolah khas untuk anak-anaknya tanpa bantuan daripada pihak kerajaan. Kurikulum sekolah India diterapkan dalam sistem pendidikan, yang ditambah sedikit sebanyak supaya ada keluhuran budaya.

Para isteri memasak. Anak-anak perempuan pula mengemas rumah dan mencuci pakaian. Lelaki mengembala haiwan ternakan dan bercucuk tanam. Nampak macam bahagia – tetapi itulah, bahagia hanyalah perspektif yang dirasai oleh orang itu sendiri. Bibir boleh kata bahagia; hati siapa tahu. Sebab itulah segelintir dalam kalangan pembaca masih bujang. Lidah menghayun kata-kata penyedap. Tetapi jiwa tidak tenteram.

Apa-apa pun, Ziona boleh menjadi contoh jika mahu. Beliau meninggal dunia pada tahun 75 selepas menghidap tekanan darah tinggi (Parasha, 2021). Mayatnya dibawa ke rumah untuk pengebumian. Walau bagaimanapun, tiba-tiba nadi Ziona berdenyut sampai terbukti melalui oximeter (Khojol, 2021). Namun nadinya berhenti terus beberapa hari kemudian dan majlis pengebumian berlangsung 10 hari selepas beliau masuk hospital.

CATEGORIES

COMMENTS