Tingkatkan keselamatan rumah anda, lelaki ini kongsi 5 tips yang boleh dibuat

Tingkatkan keselamatan rumah anda, lelaki ini kongsi 5 tips yang boleh dibuat

Satu fakta yang tidak boleh disangkal adalah, jenayah pecah masuk rumah berlaku hampir setiap hari di Malaysia.

65% penjenayah pecah masuk rumah biasanya sudah siap sedia dan tahu secara detail isi rumah tersebut.

Majoriti pembeli rumah undercon, apabila mereka dapat cashback, mereka sibuk dan fokus pada kosmetik rumah dengan melakukan renovasi untuk mencantikkan dalaman rumah berbanding keselamatan rumah.

Kes pecah rumah kini tidak lagi bergantung kepada kawasan kejiranan semata-mata. Hatta kejiranan elit dan mewah dengan sistem gate and guarded 24 jam juga boleh dipecah masuk penjenayah.

Apatah lagi apartmen 3 bilik 2 tandas dengan CCTV yang kejap berfungsi, kejap tak berfungsi dan pengawal keselamatan warga asing yang tidak kompeten.

Tahukah anda, penjenayah hanya memerlukan kurang daripada 60 saat untuk masuk ke rumah anda?

Risiko pecah masuk rumah tidak terbatas kepada harta benda peribadi sahaja, bahkan nyawa anda dan keluarga.

Sebenarnya, masalah ini bukan sahaja berlaku di negara kita. Sebaliknya, masalah ini berlaku di seluruh dunia.

Ramai pemilik rumah yang mengabaikan aspek keselamatan. Portal melaporkan, data daripada Policy Advice menunjukkan hanya 17% rumah di Amerika Syarikat mempunyai sistem sekuriti.

Apa yang lebih mengejutkan adalah, 2/3 daripada kes pecah masuk rumah berlaku di siang hari!

Buat pengetahuan anda, sebenarnya ada 5 tips yang anda boleh cuba seawal hari ini untuk tingkatkan keselamatan rumah anda.

Fokus tips ini adalah sistem keselamatan dalaman rumah.

1. Smart Door Lock

5 – 10 tahun yang lalu, sistem smart door lock hanya popular di pejabat dan premis-premis perniagaan sahaja kerana harganya yang mahal.

Kini, anda boleh dapatkan sistem smart door lock untuk setiap pintu rumah anda serendah RM700 melalui Lelong.my

Secara asasnya, smart door lock sama dengan sistem kunci biasa mekanikal dari sudut mekanisme. Akan tetapi, perbezaannya terletak pada cara membuka kunci tersebut.

Fungsi smart door lock adalah :-

  • Sistem penggera yang mengesan cubaan pecah masuk
  • Pelepasan pintu secara automatik apabila kebakaran berlaku
  • Notifikasi menerusi aplikasi smartphone untuk yang akses yang berjaya dan gagal

2. Pasang Jeriji Besi

Pemasangan jeriji besi dilakukan di tingkap dan pintu rumah supaya orang asing tidak boleh masuk ke rumah anda walaupun mereka berjaya membuka tingkap atau pintu rumah.

Pemasangan jeriji besi adalah sistem keselamatan yang paling asas yang anda boleh buat untuk kediaman anda tak kira kediaman high rise atau landed.

Kos pemasangan jeriji besi bergantung kepada jenis besi, ukiran dan lebar jeriji besi sekitar RM2,000 – RM5,000 untuk sebuah rumah.

3. Kamera CCTV

Terima kasih kepada teknologi, kamera CCTV hari ini boleh didapatkan pada harga serendah RM150 dengan fungsi 2K dan night mode.

Pemasangan CCTV boleh dilakukan di pintu utama dan di ruang tamu supaya anda boleh lihat dengan jelas siapa yang keluar dan masuk ke rumah anda bila-bila masa.

Kamera CCTV yang lebih baik mempunyai fungsi motion detection yang akan fokus kepada sebarang pergerakan dalam radius CCTV itu.

Selain itu, ada juga kamera CCTV yang mampu mendengar dan merakam audio dalam radius CCTV itu.

Pilihlah CCTV sesuai keperluan keselamatan rumah anda.

4. Motion Sensor Light

Ini juga satu teknologi baru yang semakin popular di kediaman jenis landed di Malaysia.

Motion sensor light terbukti berjaya menghalang penjenayah daripada memecah masuk ke dalam rumah kerana penjenayah akan mencari rumah yang tiada sistem keselamatan langsung.

Motion sensor light harus dipasang bukan sahaja di luar rumah dan pintu utama rumah, sebaliknya boleh dipasang di ruang tamu dan tempat-tempat sensitif lain.

Motion sensor light tidak perlu dibuka dan ditutup seperti lampu biasa dan paling penting, jimat elektrik.

Kosnya adalah sekitar RM200 – RM400 mengikut jenis.

5. Guna Pagar Automatik

Penggunaan pagar automatik dapat menghalang penjenayah daripada memecahkan mangga pagar rumah untuk masuk ke rumah anda.

Pagar automatik juga boleh dipasang penggera yang akan berbunyi sekiranya dibuka secara paksa.

Jenis pagar automatik di Malaysia adalah terlalu banyak dan anda boleh buat carian di Google. Kos pemasangan dan jenis pagar automatik bergantung kepada jenis rumah, keluasan, keperluan dan bajet anda.

Kos mendapatkan pagar automatik jenis aluminium adalah sekitar RM10,000 – RM25,000 mengikut saiz dan design.

Berita buruknya adalah, jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja dan anda sebagai pemilik rumah harus sentiasa peka.

Berita baiknya adalah, anda boleh kawal dan kurangkan risiko itu dengan melaburkan wang untuk tambah ciri-ciri keselamatan seperti dinyatakan di atas untuk kediaman rumah anda.

Anda mungkin tak mampu halang pencuri atau perompak untuk memecah masuk rumah anda, tapi sekurang-kurangnya anda berusaha untuk selamatkan harta benda dan nyawa.

CATEGORIES

COMMENTS