Baru-baru ini, tertular satu rakaman dashcam yang memperlihatkan sebuah Perodua Bezza terpelanting macam kereta mainan sewaktu hendak melepasi trafik perlahan di Lebuhraya PLUS berhampiran susur masuk Nilai, seperti yang dilaporkan Wapcar.Kalau diperhatikan betul-betul, Bezza tersebut ingin mencelah di antara Myvi putih dan Honda CR-V hitam dihadapannya. Tetapi disebabkan terlalu sempit, Bezza itu terlanggar punggung Myvi lalu terbalik akibat daya putaran tayar.
Kesannya, Myvi itu terbabas 90 darjah lalu merempuh Honda CR-V hitam yang ada di sisinya. Walaupun kedua-dua kereta mangsa terkesan sehingga ke bahu jalan, malang yang menimpa Bezza itu sendiri sebenarnya lebih dasyat.
Bukan main yakin lagi nak mencelah antara lorong.
Kalau dikira balik, Bezza itu sampai terbalik sampai 7 kali. Adakah sebab ia terlalu ringan macam tin kosong atau terlalu laju sampai kereta boleh melayang sebegitu rupa?
Setakat ini, laporan rasmi belum lagi dikeluarkan. Apapun, diharapkan bahawa semua yang terlibat tidak mengalami kecederaan yang parah.