Singapura, Thailand berjaya kawal harga ayam, kenapa Malaysia gagal?

Singapura, Thailand berjaya kawal harga ayam, kenapa Malaysia gagal?

Kegagalan Malaysia mengawal bekalan ayam bulat dan kenaikan harga yang melampau menghairankan rakyat. Hal ini kerana jiran di utara dan selatan tanah air tidak pula mengalami masalah seteruk negara ini.

Menurut Ahli Dewan Negeri Meru, Mohd Fakhrulrazi Mokhtar, Thailand berjaya memanfaatkan muka buminya yang subur untuk menghasilkan sebanyak mungkin bahan makanan yang murah, manakala Singapura dengan saiz kawasan terhad pula tidak mengalami masalah bekalan makanan.

Ustaz Fakhrulrazi dalam lawatan ke Thailand

“Thailand berjaya mengawal harga dan bekalan makanan untuk rakyat mereka, termasuk bekalan ayam.

“Singapura yang tidak menternak ayam juga berjaya mengawal harga serta kuasa beli rakyat mereka tinggi,” memetik portal.

“Tapi Malaysia walau ada tanah dan pengusaha, bukan sahaja gagal mengawal harga tetapi bekalan makanan pun tak cukup untuk rakyatnya. Di manakah silapnya?” tanya beliau.

Sebelum ini, Fakhrulrazi telah melakukan lawatan kerja ke Thailand dan melihat sendiri industri pertanian di negara itu yang jauh lebih maju berbanding Malaysia.

Beliau tertanya tanya sampai bilakah negara ini akan terus bersikap enggan mempelajari kejayaan Thailand dalam industri ternakan dan makanan.

CATEGORIES

COMMENTS