Cara memohon Bantuan One-Off MAIPk sehingga RM700

Cara memohon Bantuan One-Off MAIPk sehingga RM700

Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan One Off MAIPk yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan One Off MAIPk yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

Mengikut peringkat pengajian:

  1. SIJIL / MATRIKULASI /STPM / STAM / SPMV(KV): RM500
  2. DIPLOMA / DPMV(KV): RM600
  3. IJAZAH: RM700

Syarat Kelayakan Penerima

  • Setiap peringkat pengajian hanya sekali sahaja bantuan akan diberi.
  • Tarikh memohon tidak melebihi 3 bulan dari tarikh daftar diri ke IPTA / IPTS
  • Tempoh pengajian mestilah melebih tempoh setahun atau 12 bulan.
  • Pemohon mestilah bermastautin dalam Negeri Perak.
  • Permohonan ini tertakluk kepada PENGAJIAN SEPENUH MASA SAHAJA.

Tujuan Bantuan

Pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menyediakan bantuan bertujuan untuk memudahkan pelajar-pelajar yang beragama Islam yang bermastautin di Negeri Perak untuk mendapatkan bantuan zakat bagi memasuki mana-mana IPTA dan IPTS dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Cara Memohon Bantuan

Untuk mereka yang layak dan berminat, permohonan boleh dilakukan dengan melawati pautan berikut: KLIK SINI

Bagi yang ingin memohon anda perlu mengikuti langkah-langkah yang disediakan seperti di pautan berikut: KLIK SINI

CATEGORIES

COMMENTS