Terkini! RFID kini boleh digunakan untuk bayar minyak di Shell

Terkini! RFID kini boleh digunakan untuk bayar minyak di Shell

Shell telah melancarkan ujian rintis membayar pengisian minyak menggunakan RFID tahun lepas. Kini, mereka meluaskan lagi sokongan pembayaran RFID ini ke lebih 30 stesen minyak di Lembah Klang. Ini menjadikan jumlah kepada 35 stesen minyak.

Dengan ini, kenderaan yang memiliki pelekat RFID Touch n Go (TNG), boleh mengisi minyak di stesen minyak Shell terpilih dan membayar di dalam aplikasi sahaja. Ia juga sangat mudah, tidak perlu langsung mengeluarkan telefon pintar, apatah lagi membuat bayaran di terminal kad.

Senarai stesen minyak Shell dengan sokongan RFID

Di bawah ini adalah senarai stesen minyak Shell yang menyokong pembayaran RFID, seperti yang terdapat di dalam aplikasi TNG eWallet:

  1. Shell Taman Tun Dr Ismail
  2. Shell Mint Hotel
  3. Shell Bandar Sri Menjalara
  4. Shell NKVE Damansara
  5. Shell Taman Connaught
  6. Shell Desa Aman Puri
  7. Shell Danau Desa
  8. Shell Jalan Kepong 2
  9. Shell MRR2 Gombak 2
  10. Shell LDP Kelana Jaya
  11. Shell Federal Hway 4
  12. Shell Federal Highway Route 2
  13. Shell Jalan Puchong KM 12
  14. Shell Desa Petaling
  15. Shell Cheras Perdana
  16. Shell Jalan Cheras, KM 5.5
  17. Shell LDP Puchong
  18. Shell Persiaran Mahkota Cheras 2
  19. Shell Plus HW J Duta KL Bound
  20. Shell New Pantai Expressway
  21. Shell Wangsa Maju 2
  22. Shell Sri Hartamas
  23. Shell Kesas Highway Klang Bound
  24. Shell SKVE Serdang Kajang Bound
  25. Shell NSE Bukit Jalil (TPM 2)
  26. Shell Kesas Highway KL Bound
  27. Shell Kajang Semenyih
  28. Shell Bandar Puteri Puchong
  29. Shell Prima Saujana Kajang Bypass
  30. Shell Sunway Damansara
  31. Shell Sunway Damansara
  32. Shell Sg Kayu Ara
  33. Shell Bukit Rimau Shah Alam
  34. Shell Jalan Kuchai Lama 2
  35. Shell Kesas R&R Kinrara

Cara mengaktifkan pembayaran RFID Shell di TNG eWallet

Sebelum anda boleh menggunakan RFID untuk membayar, ia perlulah diaktifkan dahulu di dalam aplikasi TNG eWallet. Di halaman utama, pergi ke ‘MORE’ dan pilih ‘Shell’ di bawah ‘Transportation’. Kemudian pilih ‘Activate Fuelling’.

Di dalam itu juga, anda boleh menetapkan jumlah untuk setiap pembayaran RFID dan menghubungkan ke kad Bonuslink untuk menerima mata ganjaran. Jika anda selalu mahu mengisi penuh tangki, anda boleh menetapkan jumlah lebih tinggi kerana baki akan dikembalikan ke dompet eWallet secara automatik.

Cara menggunakan pembayaran RFID di Shell

Untuk mengisi minyak menggunakan RFID, anda perlu pergi ke stesen minyak Shell yang memiliki fungsi ini. Anda akan dapat melihat dari luar, papan tanda yang menyatakan nombor pam minyak yang sedia menggunakan RFID.

Bawa kenderaan ke pam tersebut dan lihat pada papan tanpa digital, di bahagian atas atau pada pam minyak. Apabila statusnya bertukar kepada simbol pam hijau, maka anda boleh mula mengisi minyak.

Untuk memastikan pembayaran RFID berjalan lancar, anda perlu memiliki tag RFID yang berfungsi serta nombor pendaftaran (plat) kenderaan yang jelas kelihatan. Jika nombor plat ini rosak atau susah dibaca sistem, pembayaran RFID ini akan tersekat dan ditolak.

Tidak seperti Setel oleh Petronas, pembayaran RFID ini tidak perlu langsung sebarang interaksi telefon pintar. Bermakna, sesiapa sahaja yang menggunakan kenderaan anda yang memiliki tag RFID ini, boleh menggunakannya untuk membayar dengan RFID dan mengisi minyak. Tetapi pam hanya akan meluluskan jumlah yang telah ditetapkan di dalam aplikasi, selepas mengesan tag RFID dan mengesahkan nombor plat.

Memandangkan pembayaran RFID ini hanya boleh digunakan di pam terpilih juga, bermakna anda perlu menunggu sehingga ruang pengisian tersebut dikosongkan jika ada kenderaan lain.

Anda boleh tonton cara menggunakan pembayaran RFID menerusi video rakan kami di SoyaCincau di bawah:

CATEGORIES

COMMENTS