Asmuni desak segerakan kerja baikpulih jambatan bagi menjamin keselamatan penduduk

Asmuni desak segerakan kerja baikpulih jambatan bagi menjamin keselamatan penduduk

Kerosakan di Jambatan Sungai Pari di Kampong Chepor Dalam telah berlarutan sejak 2014 lagi dan permohonan untuk membaik pulih kemudahan itu telah dikemukakan kepada kerajaan negeri pada 2019.

Asmuni berkata , Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diminta untuk membantu mereka bentuk dan menilai kos bagi jambatan tersebut yang dianggarkan sebanyak RM1.5 juta.

Jambatan ini bukan hanya digunakan penduduk, tetapi kenderaan berat juga yang membawa muatan sawit dan getah turut menggunakan laluan jambatan tersebut.

“Jadi kita mohon kerajaan negeri percepatkan proses kelulusan projek baik pulih jambatan ini bagi menjamin keselamatan penduduk,” katanya lagi pada sidang akhbar bersama penduduk kampung selepas meninjau masalah kerosakan Jambatan Sungai Pari di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Chepor di sini pada Rabu.

CATEGORIES

COMMENTS