Selepas ayam, harga ikan pula naik sehingga 20 peratus

Selepas ayam, harga ikan pula naik sehingga 20 peratus

Setelah ayam dan beberapa bekalan mentah berdepan peningkatan kos, kini permintaan ikan pula naik harga sehingga 20% di sekitar Lembah Klang.

Isu tersebut diperhatikan tidak hanya kesan kekurangan bekalan, bahkan penurunan pengguna di pasar juga telah mempengaruhi kenaikan harga ikan.

Mengikut laporan Harian Metro, susulan penawaran bekalan turut tersedia di premis runcit dan pasaraya – ia secara langsung telah membantutkan penjualan peniaga. Sementara berhubung bekalan pula, segelintir peniaga terpaksa berdepan kenaikan harga bekalan. Antaranya tidak hanya iikan laut, malah tetapi harga ikan air tawar juga turut naik, sehingga RM7 dan ikan talapia merah pula RM9 sekilo.

Maka pihak berkuasa diminta untuk tidak sekadar meneliti faktor kekurangan bekalan tetapi turut diminta meninjau pada kawasan jualan untuk mengenalpasti ketirisan yang memberi kesan kepada jualan peniaga ikan.

CATEGORIES

COMMENTS