Guna penyodok, kertas keras tolak air bertakung di SNBJ, ini komen TMJ yang buat ramai terkedu

Guna penyodok, kertas keras tolak air bertakung di SNBJ, ini komen TMJ yang buat ramai terkedu

Ketika Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dilabel antara venue tercantik dan termoden di rantau ini, situasi itu sebenarnya jauh meleset dengan kemudahan teknikal yang terdapat di stadium itu.

Ia selepas petugas stadium dilihat terpaksa menggunakan penyodok sampah dan kertas putih keras yang biasanya digunakan menyapu sampah sebaliknya digunakan untuk membuang air yang bertakung di atas permukaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Situasi itu sebenarnya memalukan ketika seharusnya jentera menolak air boleh digunakan seperti mana dipraktikkan oleh kebanyakan stadium di seluruh dunia.

Ini bukan situasi yang jarang berlaku di stadium ini kerana sebelum ini beberapa aksi persahabatan mahupun final Liga Malaysia pernah berdepan masalah air bertakung susulan hujan lebat yang turun sebelum aksi.

Bayangkan petugas stadium perlu menolak air menggunakan penyodok sampah yang mengambil tempoh masa agak lama berbanding jika menggunakan jentera atau mesin menolak air yang lebih pantas dan efektif.

Malaysia dijadual turun menentang Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 malam ini.

Begitupun hujan lebat yang turun selama sejam menyaksikan permukaan padang bertakung dan memerlukan masa untuk menunggu air surut.

Dalam pada itu memetik RentasMalaysia, Pemilik JDT, Tengku Mahkota Johor ada berkongsi di IG story baginda mengenai teknik yang di gunakan di stadium larkin dalam mengellakan banjir di dalam padang

Kos sistem saliran yang tak lebih dari RM300K

Good Night

Akhir sekali, dengan berlatar belakang padang yang cantik, TMJ mengucapkan selamat malam kepada semua

Harimau Malaya tewas kepada Bahrain

Dalam pada itu, Malaysia memilih laluan sukar untuk ke Piala Asia 2023 selepas tewas 1-2 kepada Bahrain pada aksi kedua Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Kekalahan di tangan pasukan ranking ke-89 dunia itu menyaksikan skuad Harimau Malaya terpaksa melepaskan status juara Kumpulan E ke tangan Bahrain yang mengutip enam mata maksimum daripada dua perlawanan.

Hanya lima naib juara terbaik akan beroleh slot automatik ke saingan Piala Asia tahun depan.

Beraksi dalam keadaan padang yang becak jelas memberikan kelebihan kepada Malaysia yang memperaga aksi lebih garang pada babak pertama ketika Bahrain bergelut.

Bahrain cemas dalam lima minit pertama selepas skuad Harimau Malaya melancarkan beberapa percubaan bertalu-talu untuk menguji gawang kawalan Sayed Mohamed Abbas.

Bermula dengan percubaan Akhyar Rashid pada minit ke-2, disusuli peluang terbaik dimiliki Junior Eldstal minit ke-4 namun diselamatkan Sayed sebelum percubaan Nazmi Faiz Mansor dalam kedudukan yang baik tersasar seminit berselang.

Sekali lagi peluang terhidang buat Malaysia pada minit ke-14 menerusi situasi kelam kabut di depan gol hasil sepakan percuma namun bagaikan tiada tuah, rembatan Junior kali ini melambung tinggi.

Sayed terus cemerlang ‘menutup’ pintu golnya dan walaupun berdepan Akhyar dalam situasi satu lawan satu pada minit ke-30, Sayed berjaya membaca percubaan penyerang negara apabila menepis rembatan pemain itu.

Bahrain menyambung pertarungan pada babak kedua menerusi satu percubaan ‘manja’ daripada Komail Hasan Al Aswad namun tenang bola didakap oleh Farizal Marlias.

Stadium Nasional Bukit Jalil bagaikan mahu runtuh pada minit ke-55 apabila hantaran silang Ahmad Khuzaimi Piee daripada sebelah sayap kiri disudahkan Mohamadou Sumareh untuk gol pembukaan skuad Harimau Malaya.

Bagaimanapun, ‘disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’. Kedudukan 1-0 hanya bertahan dua minit apabila Ali Haram mengikat kedudukan buat Bahrain untuk gol kedua peribadinya pada kempen kelayakan kali ini.

Kesilapan Farizal yang menerjah pemain Bahrain pada minit ke-80 mengundang padah apabila Bahrain dihadiahkan sepakan penalti yang mudah disempurnakan Abdulla Yusuf Helal untuk gol kemenangan Bahrain.

CATEGORIES

COMMENTS