Pemimpin Bersatu akhirnya bersuara spekulasi Azmin dan Mohd Rashid lompat parti

Pemimpin Bersatu akhirnya bersuara spekulasi Azmin dan Mohd Rashid lompat parti

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Rosol Wahid menafikan akan ada pemimpin parti itu dijangka melompat parti, selepas Datuk Zuraida Kamarudin.

Beliau memaklumkan, setakat ini kesemua ahli parti termasuk pemimpin Bersatu memberi fokus kepada isu rakyat dan pentadbiran parti.

Khabar angin sebelum ini mengatakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon antara yang dijangka melompat parti.

“Setakat ini saya tak nampak, sebab Azmin (masih) pergi masyuarat MPT, Datuk Zuraidah sudah tiga, empat kali tak hadir masyuarat sehingga terakhir sekali keluar.

“Datuk Azmin setiap kali mesyauarat pun ada, Datuk Rashid pun ada. Setakat ini dinafikan (lompat parti), tak ada yang jelas sebegitu, kita harap tak ada isu itu. Bersatu fokus isu meningkatkan ekonomi rakyat dan dan kos sara hidup rakyat,” katanya, lapor Astro Awani.

Beliau ditemui media sempena Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di pusat beli belah Lotus Tebrau, di sini hari ini.

Ketika ditanya adakah tindakan Zuraida keluar parti menjejaskan Bersatu?, Rosol menjelaskan tindakan Ahli Parlimen Ampang itu tidak menjejaskan parti.

Ini kerana jawatan Zuraida sebagai MPT adalah berdasarkan lantikan dan bukannya disebabkan menang bertanding.

Pada 26 Mei lepas Zuraida mengambil keputusan untuk keluar daripada Bersatu dan memutuskan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

CATEGORIES

COMMENTS