Semak keputusan SPM 2022/2021 anda secara online

Semak keputusan SPM 2022/2021 anda secara online

Berdebar-debar? Sudah tentu. Anda tidak keseorangan dalam mengetahui keputusan SPM yang bakal mengubah masa depan. Jadi, bagi anda yang mengambil SPM pada tahun 2021, anda boleh check result SPM pada tahun 2022 ini mulai hari Khamis, 16 Jun 2022 melalui laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan myresultspm.moe.gov.my

Izinkan kami berkongsi.

Ringkasan link myresultspm.moe.gov.my

Berikut ialah ringkasan berkenaan semakan keputusan SPM 2022 ini.

Linkmyresultspm.moe.gov.my
Tarikh link dibuka16 Jun 2022, 10am
Tarikh link ditutup24 Jun 2022, 6pm

Ini adalah pilihan pertama untuk anda semak keputusan SPM secara online.

Sila ambil maklum bahawa perkhidmatan online ini hanya akan diaktifkan bermula pada hari Khamis, 16 Jun 2022, jam 10 pagi. Perkhidmatan untuk menyemak keputusan peperiksaan SPM ini akan dibuka dalam masa seminggu dan akan ditutup pada 17 Jun 2022, jam 6 petang.

  1. Layari https://myresultspm.moe.gov.my
  2. Pilih samada SPM 2021
  3. Tekan butang Semak
  4. Seterusnya, anda akan dibawa ke satu laman yang lain
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  6. Masukkan Angka Giliran
  7. Tekan butang HANTAR

Namun, kami menjangkakan bahawa line sangat sesak kerana ramai akan cuba masuk ke dalam sistem ini.

Ringkasan SMS, alternatif myresultspm.moe.gov.my

Bagi yang mahukan rumusan keputusan sahaja, buat gunakan kaedah semakan keputusan SPM melalui SMS:

SMSSPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran
Hantar ke15888
Sistem SMS dibuka16 Jun 2022, 10am
Sistem SMS ditutup22 Jun 2022, 6pm

Tak boleh masuk myresultspm.moe.gov.my?

Sekiranya ada cuba akses laman web yang dinyatakan sebelum tarikh yang dimaklumkan, memanglah tidak boleh masuk. Ini kerana link myresultspm.moe.gov.my belum lagi dibuka.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda cuba masuk pada 16 Jun 2022, 10.00 pagi dan menerima ralat Website is under maintenance , sila bertenang.

Sila cuba sekali lagi dengan refresh browser anda. Jika masih tidak keluar apa-apa, cuba refresh lagi. Tunggu sehingga boleh akses.

Hal ini berlaku kerana terlalu ramai yang cuba masuk ke dalam sistem semakan keputusan SPM ini.

Boleh cuba myresultspm2.moe.gov.my?

Pada tahun sebelum ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan sistem tambahan iaitu https://myresult2.moe.gov.my

Untuk tahun 2022 ini, kami tidak pasti. Sama-sama kita tunggu.

Boleh guna link lama, myresult1.moe.gov.my & myresult2.moe.gov.my?

Berdasarkan kenyataan media daripada Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2021, pihak mereka telah memberikan pautan baru iaitu myresultspm.moe.gov.my.

Pihak mereka tidak mengatakan bahawa pautan lama  myresult1.moe.gov.my dan myresult2.moe.gov.my masih boleh digunakan.

Jadi, BlogMalaysia berpendapat bahawa semakan hanya boleh dilakukan menggunakan pautan baru sahaja.

Akhir kata

Apa pun keputusan yang diterima, jangan pernah rasa terlalu bangga atau sangat-sangat kecewa.

Redha sahaja dengan ketentuan Allah.

Kalau result bagus, Alhamdulillah. Kalau tidak berapa baik, pasti ada jalannya.

SPM bukan penentu masa depan kita sepenuhnya.

Mudah-mudahan, berjaya.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

CATEGORIES

COMMENTS