Tindakan Shuib buat sesuatu terhadap warga emas ini ditepi jalan curi perhatian netizen

Tindakan Shuib buat sesuatu terhadap warga emas ini ditepi jalan curi perhatian netizen

Shuib Sepahtu, seorang pelawak dan pelakon yang terkenal dengan sikapnya yang bersahaja. Selebriti ini pernah hidup susah kini pula dilihat semakin bahagia dengan rezeki yang mencurah-curah bersama keluarga tercinta.

Jarang-jarang kita dengari cerita negatif tentang sikap Shuib melalui peminat ataupun orang luar, malah ramai pula yang memuji personaliti beliau.

Terbaru menerusi video yang dimuat naik di laman tiktok oleh syafiqabuuu, Shuib sekali lagi mencvri perhatian ramai apabila dilihat turun dari kereta dan memberikan sesuatu dipercayai wang kepada seorang warga emas.

Warga emas tersebut pada awalnya menolak, namun akur dengan pemberian suami kepada arwah Siti Sarah itu.

Berdasarkan ruangan komen, anak kepada warga emas tersebut tampil berterima kasih kepada Shuib, dan menyatakan kereta tersebut merupakan kereta kawan bapanya.

Tambahnya, kereta tersebut juga sering rosak kerana sudah lama tidak digunakan.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 851.4k tontonan, 66.4k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji sikap pemurah Shuib.

CATEGORIES

COMMENTS