Jawatan kosong di Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB)

Jawatan kosong di Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB)

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kini membuka tawaran pelbagai  jawatan kosong! Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi jawatan bertaraf Tetap / Kontrak seperti yang diiklankan.

Bagi yang berminat dengan jawatan ditawarkan, anda boleh hantar permohonan melalui laman permohonan online dalam tempoh ditetapkan. Pastikan anda mohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
  • Taraf jawatan: Tetap/ Kontrak
  • Jenis jawatan: Pelbagai jawatan
  • Tarikh tutup permohonan: 30 Jun 2022 (jam 5.40 petang)

SENARAI JAWATAN DITAWARKAN

Berikut adalah senarai jawatan kosong bertaraf tetap/ kontrak yang ditawarkan:

  1. Pegawai Penyelidik (Gred Q41 – Q53)
  2. Pegawai Tadbir (Gred N41 – N44)
  3. Akaun (Gred W41 – W53)
  4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
  5. Jurufotografi B29
  6. Penolong pegawai Penyelidik Q29
  7. Penolong Pegawai Tadbir N29
  8. Penolong Akauntan W29
  9. Juruteknik Komputer FT19
  10. Pembantu Penyelidik Q19
  11. Pembantu Tadbir (P/O) N19
  12. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
  13. Pembantu Akauntan W19
  14. Pemandu Kenderaan H11
  15. Pembantu Awam H11
  16. Pembantu Operasi N11

SYARAT KELAYAKAN

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun hingga had umur pelantikan pada tarikh tutup iklan jawatan adalah seperti berikut;

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Keperluan bahasa:

  • Jawatan 1 hingga 13:
    Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Jawatan 14 hingga 16
    Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat kelayakan akademik bagi setiap jawatan ditawarkan boleh disemak DI SINI.

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara online selewat-lewatnya 30 Jun 2022. Permohonan boleh dibuat dengan ikut panduan berikut:

  1. Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang secara online sahaja
    (http://onlinejob.mpob.gov.my/onlinejob2022/)
  2. Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil sehingga dihubungi oleh pihak sekretariat
  3. Pemohon tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya

Sebarang permasalahan / pertanyaan, sila emailkan kepada [email protected] disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.

-edubestari-

CATEGORIES

COMMENTS