Bantuan kewangan tambahan RM100 kepada penerima BKM

Bantuan kewangan tambahan RM100 kepada penerima BKM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, tambahan bayaran RM50 dan RM100 kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) selepas mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan ketika ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mengambil keputusan menyalurkan bantuan tunai tambahan itu kepada golongan B40, masing-masing RM100 bagi isi rumah dan RM50 untuk individu bujang.

Beliau berkata, setiap penerima bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing dengan bantuan tunai tambahan dibayar bersekali dalam bayaran Fasa 2, membabitkan peruntukan tambahan bernilai RM630 juta.

CATEGORIES

COMMENTS