Cara memohon bantuan lesen memandu B2 untuk keluarga Malaysia

Cara memohon bantuan lesen memandu B2 untuk keluarga Malaysia

Untuk makluman kepada semua, pada tahun 2022 terdapat pelbagai bantuan,kemudahan dan Inisiatif yang boleh anda dapatkan disediakan oleh Pihak Kerajaan. Pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya melibatkan bantuan berbentuk insentif kewangan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan pertolongan dan bantuan pada zaman yang penuh pancaroba dan onak liku kehidupan ini.

Salah satu program yang ada adalah melalui  Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM). Bantuan berupa sokongan membuat lesen kenderaan ini merupakan satu usaha kerajaan dalam menanggung bebanan rakyat yang diuji berbagai keadaan ekonomi. Ikuti penerangan mengenai Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM). 

Bantuan Kerajaan: Inisiatif Skim Bantuan Lesen Memandu B2 Untuk Keluarga Malaysia

Apakah Itu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM)?

Melalui perancangan pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (KPM) dan dengan hasil kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) telah umumkan akan memperlaksanakan satu skim program iaitu bantuan Lesen Keluarga Malaysia.  Program ini merupakan satu bantuan dari kerajaan berbentuk lesen memandu untuk keluarga Malaysia yang kurang berkemampuan dan lebih memfokuskan golongan keluarga B40 serta individu yang berpendapatan rendah bagi membantu untuk memiliki Lesen Memandu kelas B2 pada tahun ini.

Untuk makluman, program bantuan BLKM ini merupakan satu skim program yang dibawah tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui pihak JPJ yang sudah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tahun 2022.

Berapakah Kadar Bantuan BLKM?

Melalui skim program BLKM ini, kepada penerima yang berkelayakan hanya akan dikenakan bayaran sebanyak:

RM 250 sahaja 

Setiap penerima yang layak akan menghadiri kursus latihan memandu yang sangat singkat. Untuk makluman umum, bayaran yang dikenakan adalah jauh lebih murah berbanding kos bayaran sebenar yang dikenakan kepada individu biasa yang ingin memiliki lesen memandu kelas B2 iaitu dengan jumlah sebenar sebanyak RM 750 untuk setiap orang. Ini adalah bukti keprihatinan dan usaha kerajaan untuk membantu dan memudahkan urusan golongan yang memerlukan dari mereka yang berpendapatan rendah atau B40.

Syarat Kelayakan Bantuan Lesen Keluarga Malaysia

Berikut merupakan antara syarat-syarat kelayakan bagi bantuan lesen keluarga Malaysia:

  1. Pastikan anda merupakan rakyat Malaysia yang sah
  2. Anda sama sekali belum pernah ambil lesen sebelum ini
  3. Mental anda berada dalam keadaan terbaik selain sihat tubuh badan anda
  4. Tidak ada cacat anggota
  5. Nama anda tidak pernah dikenakan tindakan senarai hitam dan blacklist oleh Polis Diraja Malaysia PDRM dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ

Permohonan Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM)

Untuk makluman, sehingga kini masih belum ada lagi kenyataan rasmi berkenaan cara untuk membuat permohonan skim bantuan BLKM ini. Pihak kami dari Sistem Guru Online, akan kemaskini maklumat berkenaan program BLKM ini dari semasa ke semasa.

Untuk pengetahuan anda semua, setakat ini, pemilihan calon yang akan menerima bantuan ini terdiri daripada senarai penerima eKasih.

Sekiranya anda ingin mengetahui butiran maklumat lebih terperinci berkenaan BLKM ini, anda boleh merujuk pada talian seperti dibawah :

Laman Rasmi – Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ)

E-mel – [email protected]

Nombor Telefon – 03 8000 8000

Media sosial Facebook – Jabatan Pengangkutan Jalanraya

Soalan Lazim & FAQ

1) Bantuan lesen B40 ditawarkan untuk kelas apa?

Kelas B2

2) Berapa yang akan diambil?

Hanya RM250 sahaja

3) Berapakah had umur yang dibenarkan untuk dapat bantuan ini?

Pastikan umur anda 16 tahun dan ke atas

Semoga dengan bantuan kerajaan ini akan menggalakkan ramai rakyat memiliki lesen memandu yang sah dan dapat mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

-sistemguruonline-

CATEGORIES

COMMENTS