Cara memohon bantuan BINGKAS Selangor RM300 sebulan

Cara memohon bantuan BINGKAS Selangor RM300 sebulan

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) telah diumumkan dalam Belanjawan 2022 Selangor dengan peruntukan RM108 juta bagi membantu 30,000 keluarga termasuk ibu tunggal mendepani cabaran pascapandemik.

Ia akan memperuntukkan RM3,600 setahun ataupun RM 300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak.

Bantuan ini boleh digunakan untuk keluarga menampung perbelanjaan barang dapur, pendidikan atau apa-apa urusan keluarga yang memerlukan.

Senarai Kandungan

 

Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan dibuka untuk permohonan mulai 1 Julai 2022.

Manfaat BINGKAS:

  • Had pembelian Rm300.
  • Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
  • Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
  • Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).

Syarat Kelayakan:

Berikut adlah syarat-syarat untuk memohon:

  1. Pemohon mestilah seorang Ketua Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 Tahun ke bawah.
  2. Pendapatan isi rumah pemohon mestilah di bawah RM3,000 sebulan.
  3. Pemohon mestilah pemastautin dan pengundi di Selangor.

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Muat Turun 2 apps ini, apps SELANGKAH & apps WavPay.

Langkah 2: Sila isi & completekan semua details pemohon di apps SELANGKAH dahulu. Apps e-wallet WavPay boleh digunakan kalau pemohon telah diluluskan untuk menggunakan BINGKAS.

Langkah 3: Layari Portal BINGKAS pada 1 Julai nanti untuk update details untuk pemegang kad KISS terdahulu.

Langkah 4: Pastikan apps SELANGKAH dimuaturun terlebih dahulu dan diisi semua detalis pemohon. Kalau tak update di website BINGKAS, nama akan digugurkan selepas 1 September 2022 dan pemohon sediaada kena mohon semula.

Langkah 5: Setelah selesai update di BINGKAS, Masuk SELANGKAH.

Langkah 6: Klik kad BINGKAS. Terus masuk Wavpay.

Langkah 7: Masuk OTP.

Langkah 8: Pergi profile.

-portalmalaysia-

CATEGORIES

COMMENTS