Jawatan kosong di MAINS, gaji sehingga RM4,003

Jawatan kosong di MAINS, gaji sehingga RM4,003

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEMBANTU TADBIR – GRED 19

  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  • Kenaikan Tahunan: RM100
  • Kekosongan: 4

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem eJawatan Kosong MAINS. Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Tarikh tutup permohonan pada 25 JULAI 2022, ISNIN.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI, manakala permohonan secara atas talian boleh dikemukakan DI SINI.

-berikerja-

CATEGORIES

COMMENTS