Zara Zya akhirnya ulas hubungannya dengan Syuib

Zara Zya akhirnya ulas hubungannya dengan Syuib

Masih menjadi tanda tanya ramai, pelakon popular Zara Zya enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib sebaliknya meminta orang ramai menitipkan doa yang baik-baik buat dirinya.

Tidak jemu menjawab hal tersebut, pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 37, itu berkata dia memahami keprihatinan orang ramai yang sentiasa ingin mengetahui tentang dirinya terutama berkaitan hal percintaan.

“Saya memang tidak mahu ulas panjang mengenai hal tersebut.

“Namun saya faham ramai yang nak tahu tentang saya. Selagi masih tiada kata putus, orang masih nak tahu tentang hubungan cinta saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi naskhah Pia itu turut berkongsi perancangannya membuka cawangan terbaharu kedai minuman berasaskan madu, Bumble Bee tidak lama lagi.

Perancangan tersebut secara tidak langsung meleraikan tanda tanya ramai susulan hubungan baik dan sering muncul dalam video bersama Shuib.

“Jadi, apa yang boleh cakapkan ialah doa yang baik-baik untuk saya.

“Satu perkara yang pasti ialah saya akan buka sebuah cawangan kedai minuman Bubble Bee tidak lama lagi,” katanya.

Terdahulu, namanya sering kali menjadi sebutan apabila beberapa kali muncul bersama Shuib dalam video yang dimuat naik menerusi platform digital masing-masing.

Biarpun seolah-olah sudah mendapat ‘restui’ umum sekiranya ditakdirkan bersama, Shuib mahupun Zara sebelum ini pernah menegaskan hubungan mereka sekadar sebagai sahabat seindustri dan usahawan, bukannya bercinta seperti yang dicanang umum.

CATEGORIES

COMMENTS