Pengurus dedah Puteri Sarah langsung tak heran suami kaya

Pengurus dedah Puteri Sarah langsung tak heran suami kaya

Pengurus kepada Puteri Sarah iaitu Emi Mat Rozekhi mendedahkan bawah pelakon itu tidak kisah langsung dengan kekayaan dimiliki suaminya, Syamsul Yusof.

Menurut Kosmo, Emi turut memberi peringatan supaya netizen di luar sana agar berhati-hati dalam meninggalkan komen terutama berhubung status rumah tangga Sarah dan Syamsul.

Menerusi satu entri yang diulang siar Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dalam Instatory, Emi menegaskan bahawa selebriti bawah jagaannya itu pandai mencari punca rezeki sendiri dan tidak bergantung dengan kekayaan suaminya.

“Bukan nak jadi batu api tapi nak pesan. Dalam apa jua keadaan, jaga diri. Jangan tulis sampai lupa diri.

“Baca dan ‘reserve’ komen-komen anda sebab bukan kita yang hadap. Saya yang duk (tukang) kira duit dia (Puteri Sarah). Saya tahulah dia tak heran (kisah) pun ‘title’ kaya itu.

“Puteri Sarah bekerja keras untuk berada pada tahap sekarang. Tahap ‘hardworking’ (kerja keras) dia boleh kalah orang lain. Saya tabik yang itu sangat-sangat,” dedahnya menerusi Instastory.

Terdahulu, Puteri Sarah, 37, memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang netizen selepas individu itu memuat naik hantaran didakwa berunsur fitnah berkait kontroversi rumah tangganya dengan Syamsul.

Bagaimanapun, individu terbabit akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka beberapa hari lalu serta berjanji tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap aktres itu.

“Saya telah menerima LOD (Letter of Demand) yang meminta saya untuk meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah atau pun keluarganya,” tulis individu terbabit menerusi media sosial miliknya.

CATEGORIES

COMMENTS