Ryan Bakery terkejut dapat gift ‘singa’ ketika live di TikTok, cukup duit nak kahwin

Ryan Bakery terkejut dapat gift ‘singa’ ketika live di TikTok, cukup duit nak kahwin

Berbekalkan idea kreatif sering menghasilkan video mengimbau memori zaman 90-an, populariti yang diraih influencer TikTok bernama Ryan Bakery dalam tempoh agak singkat. Walaupun lawak jenakanya tampak ringkas, namun menjadi tular di segenap platform media sosial kerana mampu relate dengan segenap lapisan masyarakat.

Reaksi bercampur-baur Ryan Bakery…dapat rezeki terpijak ‘gift Singa’ ketika live di TikTok

Walaupun tidak mengharapkan sebarang balasan, namun rezeki terpijak semasa bersiaran langsung minggu lalu benar-benar mengejutkan empunya badan. Bagaikan dapat rezeki terpijak, perasaan Ryan atau nama penuhnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery bercampur-baur apabila seorang pengguna TikTok tiba-tiba menghadiahkan gift ‘Singa’ yang nilainya sangat tinggi. Bukan sekali, tapi difahamkan ia turut berlaku pada sesi live hari berikutnya pula.

 

Dapat banyak gift orang bagi, cukup duit kahwin Umi…Walid work dulu ok, jangan call sekarang Walid tengah siaran langsung

Gara-gara terlalu teruja, Ryan juga berkongsi berita gembira tersebut kepada tunangnya yang kebetulan membuat panggilan telefon ketika itu. Sambil meluahkan rasa terharu, pemuda berusia 27 tahun ini turut menyatakan wang diperoleh tersebut boleh digunakan untuk perbelanjaan kahwin mereka nanti.

@nrfarrahhanim

#rwyfb

♬ original sound – Nrfarrah – Nrfarrah

Bila check harga gift, fuh RM1049.90…inilah untung bila pandai manfaatkan media sosial

Tatkala ramai berteka-teki siapakan gerangan individu pemurah itu, pengguna Facebook Muhammad Hassan pula sempat periksa nilai sebalik gift yang sangat ‘rare’ tersebut. Tanpa disangka-sangka, katanya ia dianggarkan mencecah angka sehingga beribu ringgit. Justeru, dia memuji Ryan Bakery sangat beruntung kerana pandai memanfaatkan platform media sosial untuk menjana pendapatan.

Ryan Terkejut Dapat 'Gift Singa', Call Tunang Cukup Rezeki Buat Duit Kahwin 2

Ryan Terkejut Dapat 'Gift Singa', Call Tunang Cukup Rezeki Buat Duit Kahwin 3

Ryan Terkejut Dapat 'Gift Singa', Call Tunang Cukup Rezeki Buat Duit Kahwin 4

CATEGORIES

COMMENTS