
Lelaki ini bengang teman wanita kantoi dipeluk jantan lain ketika tengok Live bola di TV
Dalam setiap hubungan percintaan, sudah pasti ada turun naiknya dan ujian yang tersendiri. Namun paling sukar untuk diterima jika kesetiaan yang selama ini dijaga sebaik mungkin malah dikhianati pula oleh pasangan sendiri dengan cara cukup menyakitkan. Situasi samalah turut dilalui seorang pemuda ini sehingga tular di serata media sosial.
Perasan teman wanita bersama lelaki lain waktu tonton live game antara Persik Kediri dan Bhayangkara FC
Mana taknya, siapa sangka keputusannya untuk tonton satu perlawanan bola sepak di antara pasukan Persik Kediri dan juga Bhayangkara FC menerusi live streaming bakal merubah sesuatu. Ketika siaran itu berlangsung, seorang pemuda bernama Ferdinand mendakwa telah perasan akan kehadiran teman wanitanya di stadium berkenaan. Tapi apa yang lebih sebak adalah perempuan tersebut dilihat hadir bersama lelaki lain selain turut bermesra dengan duduk di atas riba.
Terima kasih Persik dan Vidiocom atas pertandingan dan siaran langsung tadi
Susulan kejadian yang ‘kantoi’ berkenaan, Ferdinand bertindak memuat naik ucapan terima kasih kepada beberapa page Facebook kerana telah merakam aksi perlawanan tersebut. Jelasnya, teman wanitanya itu ada meminta izin untuk keluar namun katanya ingin menyelesaikan tugas kuliah universiti.
@kacuxhermawan setinggi tingginya bango terbang pasti ujung ujungnya jadi kecap#persik
Disaat pasukan bola berbagi mata, kamu malah berbagi hati dengan orang lain…Beritanya langsung terus dari TV
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian yang dimuat naik Ferdinand. Dalam pada itu, ramai juga meluahkan rasa kesal terhadap gadis tersebut yang sanggup selingkuh dan akhirnya kantoi di khalayak umum.