Hospital Parit Buntar dijangka siap Mei 2023

Hospital Parit Buntar dijangka siap Mei 2023

Projek pembinaan Hospital Parit Buntar yang telah diluluskan dengan kos sebanyak RM 173.35 juta dijangka siap pada bulan Mei 2023.

Demikian jawapan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menjawab pertanyaan lisan dari Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf di dalam Dewan Rakyat pada 28 Julai 2022 lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar dalam soalannya bertanyakan status terkini pembinaan Hospital Parit Buntar , bilakah ia akan siap sepenuhnya dan boleh beroperasi.

Jawapan dari Kementerian Kesihatan Malaysia juga menyatakan bahawa masalah yang tidak dapat dielakkan termasuk aspek reka bentuk dan penangguhan kerja akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID-19, menjadi punca kelewatan projek pembinaan Hospital Parit Buntar yang sepatutnya siap pada 28 Disember 2020.

Sehingga 30 Jun 2022, kemajuan fizikal bagi projek ini adalah mengikut jadual iaitu mencapai  64 peratus.  Projek ini dijangka siap mengikut jadual dan mula beroperasi secara berperingkat mulai September 2023.

CATEGORIES

COMMENTS