Senarai stesen minyak yang ada jual kad TNG NFC

Senarai stesen minyak yang ada jual kad TNG NFC

Kami sudah banyak berkongsi tentang kad Touch n’ Go berdaya NFC sama ada daripada kelebihannya, kekurangan mahupun aduan pengguna.

Sehingga kini, masih ramai pengguna tertanya-tanya jika stesen minyak berdekatan mereka ada mengedarkan kad TNG NFC.

Nak beli melalui aplikasi TNG eWallet pula, sentiasa kehabisan stok. Bila diberitahu ada stok pula, sudah terlambat.

TNG berkata kesuntukan bekalan kad ini ini disebabkan isu stok semikonduktor yang melanda dunia. Mereka juga meminta pengguna membeli pada harga RM10 dari pengedar yang sah.

Di mana ada jual kad TNG NFC ini? 

Pertama, dua kedai Touch ‘n Go sendiri iaitu di NU Sentral dan Wisma TNG di Avenue 5, Bangsar South namun ia juga bergantung pada stok.

Lebih 300 stesen minyak disenaraikan, kalau saya letakkan di sini mungkin artikel ini dah jadi kurang ‘best’.

Masukkan kawasan anda seperti ‘Ipoh’ contohnya dan akan terpapar stesen yang menjualnya.

Namun, saya dapati ia masih tidak menyenaraikan kesemua stesen minyak. Hal ini kerana melalui tinjauan dan pengalaman sendiri, sebuah stesen minyak di Presint 8, Putrajaya tidak tersenarai sedangkan sudah lama ia menjual kad TNG NFC.

Saya tidak pasti apakah puncanya. Jadi, saya nasihatkan jadikan laman web TNG ini panduan tetapi boleh terus ke stesen minyak lain tidak tersenarai untuk mencuba nasib.

Sebenarnya, Touch ‘n Go pada hari pertama pelancaran kad ini dulu pernah menyenaraikannya kadai yang menjualnya namun kemudian memadam laman tersebut. Ia mungkin berikutan agihan stok yang tidak selari dengan data kerana kami mendapati ada stesen minyak yang tidak mendapat bekalan lagi.

CATEGORIES

COMMENTS