Usaha Ahli Parlimen Parit Buntar mengangkat semula pakaian tradisional Melayu dipuji

Usaha Ahli Parlimen Parit Buntar mengangkat semula pakaian tradisional Melayu dipuji

Orang ramai memuji usaha Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa mengangkat semula nilai-nilai kesenian dalam aspek pakaian tradisional masyarakat Melayu,

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa melalui Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar telah mengadakan Pertandingan Busana Tradisional Melayu sempena Hari Kemerdekaan di Mydin Mall, Parit Buntar baru-baru ini.

Dr Mujahid berkata, busana Melayu mempunyai daya penarik tersendiri dan unik selain satu-satunya jenis pakaian tradisi yang mampu membuatkan si pemakainya kelihatan segak.

“Pertandingan Busana Tradisional Melayu ini telah berjaya bukan sahaja memberi peluang untuk mengasah bakat dalam kalangan masyarakat

“Malah ia juga dapat menambahkan pengetahuan dalam ilmu kebudayaan sekaligus dapat menaikkan imej pakaian tradisional Melayu,” katanya.

Katanya lagi, masyarakat Melayu menitikberatkan keperibadian luhur dan murni serta dibekalkan dengan pakaian tradisi untuk melindungi anggota badan.

“Saya ucapkan tahniah kepada peserta-peserta yang berani dan bergaya memperagakan pakaian tradisional Melayu.

“Mereka membuktikan pakaian tradisional Melayu masih mendapat tempat di hati masyarakat kita,” katanya.

Seorang pengunjung , Nasril Said , 53 yang ditemui berkata usaha Ahli Parlimen Parit Buntar ini patut disokong kerana berjaya mewujudkan kesedaran akan betapa pentingnya seni halus pakaian tradisi Melayu.

Seorang lagi pengunjung Shamsiah Idris, 44 berharap usaha memelihara pakaian tradisional masyarakat Melayu patut diteruskan agar busana Melayu terus dikenali sejajar perkembangan dunia fesyen tanah air.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak berkata , pertandingan ini mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan dari penduduk Parit Buntar lelaki dan wanita dari semula lapisan umur..

“Peserta telah memperagakan pakaian tradisional Melayu yang menarik dan mempesonakan penonton yang hadir menyaksikan pertandingan ini.

“Pertandingan ini diselangi persembahan deklamasi sajak merdeka dan demontrasi seni mempertahankan diri,” katanya ketika ditemui di Mydin Mall, Parit Buntar.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan.

Turut hadir Pengurus Cawangan Mydin Parit Buntar, Muhammad Nazri Abdul Latif , Ketua Pemuda AMANAH Parit Buntar , Muhammad Nakhaei Abdul Wahab dan isteri Ahli Parlimen Parit Buntar, Ustazah Zuraida Husin.

CATEGORIES

COMMENTS