Terkini! Ayu Puteh pula dedah sikap Najib yang ramai orang tak tahu

Terkini! Ayu Puteh pula dedah sikap Najib yang ramai orang tak tahu

Penerbit Pencil Pictures And Pictures, Datuk Normashayu Puteh atau lebih dikenali sebagai Datuk Ayu Puteh tampil membuat perkongsian bersama peminat mengenai sikap bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang telah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Dedah Sikap Bekas Perdana Menteri

Menerusi Insta Stories, Datuk Ayu Puteh menceritakan bahawa dia pernah mengenali Datuk Seri Najib sebagai seorang individu yang tidak pernah menghakimi kehidupan orang lain dan pernah membantu penerbit terkenal ini suatu ketika dahulu.

“Allahu..Saya pernah kenal DSN dan dia tidak pernah menghakimi setiap kehidupan orang lain. Beliau juga pernah membantu saya pada tahun 2005. Kesusah saya ringan dan berlanjut hingga ke hari ini.

Ketika isu DSN sebagai Timbalan Perdana Menteri..-Kongsi Datuk Ayu Puteh

Mohon Orang Ramai Titip Doa Buat Datuk Seri Najib

Tambahnya lagi, dia turut meminta orang ramai untuk menitipkan doa buat bekas Perdana Menteri agar sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan.

“Kita doakan DSN sihat-sihat dan Allah memudahkan urusan beliau.

Jasa baik beliau tidak akan mungkin saya lupa kan.”-Tulis Datuk Ayu Puteh

Doa yang baik-baik sahaja lah ya..

CATEGORIES

COMMENTS