TikTokers Ilyas kelam kabut lari elak bertembung pelancong pakai bikini semasa buat live di Maldives

TikTokers Ilyas kelam kabut lari elak bertembung pelancong pakai bikini semasa buat live di Maldives

Pulau Maldives sering menjadi pilihan utama pelancong pelbagai negara sebagai lokasi makan angin.

Meskipun harga penginapannya menelan kos besar, namun semua itu bukanlah satu masalah lagi setelah mata kita dihidangkan dengan pemandangan cantik terutamanya air laut biru menghijau.

Allahuakhbar, tak boleh lalu sini…Ya Allah lindungi aku…Aku hanya memandang kaki ku Ya Allah

Baru-baru ini, seorang TikTokers terkenal iaitu Ilyas turut berpeluang melancong ke sana selama beberapa hari.

Namun di saat sedang berjalan sambil membuat siaran live di sekitar pusat peranginan tersebut, dia mulai panik selepas terserempak dengan ramai pelancong lain yang dilihat memakai swimsuit mencolok mata.

@aaabias

kiri kanan sapenda sampai , harus bagaimana saya @rahaholidays @ourthrift.co2 #fyp #bukanmaen #bundlemalaysia #maldives

♬ bunyi asal – Ourthrift.co – Ourthrift.co

@animnabila96

Hampa tengok sat si ilyass ni aku tak larat gelak dengan dia 😂😂😂😂

♬ original sound – S A Y A A N I M 🤍 – S A Y A A N I M 🤍

Banyak perangkap la wey, sat, sat…Aku tak boleh bawa hangpa jalan-jalan

Lucunya, dia sanggup berlari-lari mencari jalan lain supaya pandangannya terhindar daripada ternampak pengunjung yang mendedahkan separuh badan mereka.

Selain terdiam di sebalik pohon kelapa, sesekali Ilyas juga spontan menghalakan skrin telefonnya ke atas permukaan pasir serta dinding resort agar penonton di video live tidak melihat perkara sama.

@makstoberi

Replying to @ney_nabila sapendaa part 2🤣🤣🤣#samsunghaa #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – MakStoBEri – MakStoBEri

@nadia_nanad02

Bestnya Samsung arr p Maldives 🏊🏄@aaabias#samsungarr #maldives #rwyfb @#artistatiktok #fyp #budinburgerbatu5

♬ original sound – ❤️N A N A D❤️ – ❤️N A N A D❤️

Lain kali pergi Pulau Pangkor je, sana memang banyak sapendaaaaa Yas

Melalui ruangan komen, ramai terhibur dengan cara Ilyas memegang telefon yang tak ubah seperti sedang melakukan rakaman paranormal.

Namun di sebalik kelucuan, pemuda ini dipuji kerana berusaha menjaga pandangan matanya.

Live Di Maldives, Pemuda Malaysia Panik Elak Selisih Pelancong Pakai Swimsuit

Live Di Maldives, Pemuda Malaysia Panik Elak Selisih Pelancong Pakai Swimsuit

Live Di Maldives, Pemuda Malaysia Panik Elak Selisih Pelancong Pakai Swimsuit

CATEGORIES

COMMENTS