Tarikh kemaskini semakan BKM fasa 3 kini dibuka

Tarikh kemaskini semakan BKM fasa 3 kini dibuka

Tarikh Kemaskini Semakan Permohonan BKM Fasa 3. Kemaskini Permohonan BKM Fasa 3 2022 kini dibuka bermula pada minggu ini sehingga 30 Ogos 2022. Kemaskini maklumat BKM ini adalah untuk penerima yang telah lulus status dan tidak membuat sebarang rayuan BKM.

Tujuan Kemaskini maklumat Permohonan BKM fasa 3 atau bkm 2022 ini adalah untuk membolehkan Permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus mengemaskini maklumat asas seperti maklumat berikut:Nombor telefon rumah.

*Terhad kepada akaun bank pemohon sekiranya status pembayaran BKM 2022 adalah Gagal Kredit atau Tunai sahaja

  • Nombor Telefon Bimbit
  • Alamat emel
  • Nama dan Nombor Akaun Bank*
  • Maklumat Perwakilan

LHDN telah mengumumkan tarikh semakan permohonan bkm fasa 3 ini bagi mengemaskini BKM fasa 3. Tarikh kemaskini dibuka mulai 10 Ogos 2022 sehingga 30 Ogos 2022. Selain itu, kemaskini untuk fasa seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa.Diingatkan sekali lagi, Kemas kini maklumat ini adalah untuk penerima yang telah lulus status dan tidak membuat sebarang rayuan BKM.

Kemaskini maklumat peribadi anda di BKM boleh dibuat di pautan rasmi semakan BKM:

  • Layari https://bkm.hasil.gov.my/
  • Tekan Log Masuk
  • Tekan Kemaskini Permohonan
  • Masukkan No. MyKad dan tekan Semak.
  • Isikan semua maklumat bertanda *
  • Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha
  • Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan
  • Tekan butang Hantar bagi meneruskan permohonan
  • Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan

Cara Semak Status Semakan Permohonan BKM Fasa 3

Cara Semak Status Semakan permohonan bkm fasa 3 adalah seperti berikut :

  1. Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
  2. Klik Semakan Status
  3. Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  4. Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Maklumat Tambahan

Permohonan kemas kini maklumat asas BKM juga dibuka secara manual di cawangan LHDN berdekatan. Sila download borang kemas kini maklumat permohonan BKM dan bawa ke cawangan LHDN untuk proses selanjutnya.

  • Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
  • Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
  • 1800 88 2747 : Hotline BKK LHDNM
  • e-Mel : [email protected]

-myinfokerja-

CATEGORIES

COMMENTS