Tabiat letak kaki pada ‘dashboard’ kereta bahaya, boleh cacat seumur hidup

Tabiat letak kaki pada ‘dashboard’ kereta bahaya, boleh cacat seumur hidup

Terdapat segelintir orang suka meletakkan kaki pada ‘dashboard’ di dalam kereta, namun sebenarnya tabiat itu berbahaya dan boleh menyebabkan kecacatan seumur hidup.

Menerusi perkongsikan oleh Public Health Malaysia, kejadian tidak diingini pernah berlaku kepada seorang wanita yang menyebabkan dia lumpuh seumur hidup.

“Seorang ibu anak tiga meletakkan kaki di atas ‘dashboard’ (papan pemuka) semasa dalam perjalanan. Apabila kemalangan dari arah hadapan, beg udara mengembang dan terus menolak kaki mangsa ke atas dan mengepit ke muka.

“Mangsa lumpuh selepas tulang pinggulnya patah dan terkeluar daripada soket. Hidungnya patah disebabkan kepala lutut kaki menyentuh hidung,” ujarnya pada hantaran Facebook.

Dalam pada itu, beg udara merupakan komponen keselamatan yang boleh menyelamatkan nyawa ketika kemalangan.

“Kereta-kereta moden biasanya mempunyai beg udara. Jika kemalangan impak dari depan, beg udara akan terbuka,” tegasnya.

Sehubungan itu, Public Health Malaysia turut menegaskan, agensi keselamatan menyarankan agar tidak meletakkan kaki di atas ‘dashboard’ kerana mungkin mengalami perkara sama atau kepala lutut tersebut tembus ke lubang mata.

CATEGORIES

COMMENTS