Info terkini LHDN, kemaskini segera maklumat asas BKM Fasa 3

Info terkini LHDN, kemaskini segera maklumat asas BKM Fasa 3

Berita terkini dibawakan kepada anda daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkenaan semakan atau kemas kini maklumat butiran asas bagi penerima BKM kini dibuka.

Sebelum ini disampaikan kepada anda mengenai makluman daripada LHDN. Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi saranan kepada rakyat Malaysia yang menerima Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) bagi memastikan kelancaran pengkreditan bantuan BKM Fasa 3 yang dijangka akan disalurkan tidak lama lagi.

Sehubungan itu, bagi yang belum menyemak butiran lanjut BKM Fasa 3 anda, anda boleh membuat semakan dengan merujuk  Disini.

Pemberitahuan  Terbaru Pihak LHDN Di Portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia(BKM)

Kepada anda yang masih belum ikuti rapat perkembangan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang disalurkan bagi Fasa 3 bulan September. Anda boleh lah merujuk segera makluman terbaru dari pihak berwajib di laman rasmi Bantuan Keluarga Malaysia(BKM).

Kemas Kini Maklumat Asas BKM Fasa 3 Bulan September

Untuk makluman kepada penerima BKM, anda dialu-alukan untuk membuat kemaskinian terbaru maklumat asas yang baharu sahaja dibuka di laman rasmi BKM. Untuk memudahkan urusan anda, dibawah disenaraikan tempoh sah kemaskini yang dibenarkan oleh Pihak LHDN:

  1. Pertama : Mulai 12 September Sehingga 29 September 2022
  2. Kedua: Mulai 10 Oktober Sehinggan 30 Oktober 2022

Nota: makluman pihak LHDN adalah tertakluk pada pindaan semasa

Kemas Kini Maklumat Asas

Cara-Cara Kemas Kini Maklumat Asas BKM Fasa 3 Bulan September

Bagaimanakah Saya Boleh Membuat Kemas Kini Maklumat Asas BKM Bagi Fasa 3?

Kepada para penerima BKM, anda dipersilakan membuat kemaskini maklumat asas berkaitan maklumat penerima BKM anda di dalam portal Bantuan keluarga Malaysia (BKM) yang disediakan oleh pihak LHDN. Untuk membuat kemaskini maklumat asas BKM anda, anda boleh merujuk cara-cara seperti dibawah:

  • Pertama, sila pergi ke laman rasmi Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) – https://bkm.hasil.gov.my/
  • Kedua, sila log masuk ke akaun BKM anda dengan menyenaraikan nombor kad pengenalan anda. Sebagai contoh: Masukkan nombor kad 98****-03-****
  • Ketiga, pergi ke butiran maklumat diri anda dan kemas kini maklumat asas anda
  • Keempat, Sahkan maklumat terkini anda.

Bagaimana Jika Saya Terlupa Kata Laluan Saya?

Kepada anda yang terlupa kata laluan anda, anda boleh klik ‘Terlupa Kata Laluan?’. Dan Masukkan nomber kad pengenalan anda dengan tepat dan masukkan emel yang anda daftarkan. Kemudian, emel pengesahan anda diberikan. Masukkan kata laluan baharu dan tetapkan mengikut kesesuaian anda.

Adakah Saya Masih Boleh Membuat Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia?

Bagi anda yang didapati tidak layak menerima bantuan BKM, anda hanya boleh lakukan permohonan rayuan BKM pada 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022 sahaja secara atas talian dan secara manual pada 9 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.

Buat masa sekarang, masih belum ada makluman terbaru daripada LHDM mengenai rayuan permohonan BKM bagi bulan September.

Adakah Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) Akan Tamat Selepas Pembayaran Fasa 4?

Secara teknikalnya, bantuan BKM yang disalurkan adalah melalui 4 Fasa yang bermula dari Fasa 1 yang bermula bulan Mac dan kini Fasa 3 yang dijangka disalurkan pada hujung bulan September dan Fasa 4 adalah pada bulan Disember. Mengenai penamatan bantuan BKM secara umumnya ia boleh dianggap akan selesai selepas pembayaran Fasa 4.

Kemungkinan selepas bantuan BKM akan ada penyaluran bantuan baharu diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.

Sebarang Makluman Atau Pertanyaan Bantuan Keluarga Malaysia(BKM)

Anda boleh merujuk segera dengan menghubungi di talian dibawah:

1-800-88-2747

-sistemguruonline-

CATEGORIES

COMMENTS