Cara memohon bantuan zakat khas MAIWP RM500 untuk asnaf

Cara memohon bantuan zakat khas MAIWP RM500 untuk asnaf

Berita baik untuk asnaf, Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani akan diberikan kepada setiap asnaf yang menerima Skim Bantuan Kewangan Bulanan di Wilayah Persekutuan.

Setiap penerima akan menerima bantuan khas ini berjumlah RM500.00.

  • Ogos RM250.00
  • Disember RM250.00

Dikreditkan secara berperingkat bermula 19 Ogos 2022.

Jumlah Bantuan

Kadar bantuan MAIWP Insani yang ditawarkan adalah sebanyak RM 500. Di berikan secara berperingkat

Tarikh Bayaran

Penerima yang berkelayakan akan menerima bantuan khas secara berperingkat seperti berikut :

Fasa 1 : Mulai 19 Ogos 2022 (RM 250)

Fasa 2 : Mulai Disember 2022 (RM 250)

Syarat Kelayakan

Pemohon perlulah menepati syarat kelayakan seperti berikut :

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
  • Pemohon merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.
  • Permohonan Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani

Untuk makluman, tiada sebarang permohonan diperlukan, bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun asnaf yang menerima bantuan bulanan MAIWP.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjutUntuk lanjut tentang Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani, bakal diberitahu kemudian sekiranya terdapat perkembangan terbaru daripada MAIWP.

-portalmalaysia-

CATEGORIES

COMMENTS