Ifa Raziah sebak ustazah Asma’ Harun datang sendiri untuk minta maaf

Ifa Raziah sebak ustazah Asma’ Harun datang sendiri untuk minta maaf

Baru-baru ini, penyanyi sensasi Ifa Raziah ada berkongsikan video meluahkan rasa sebak dan terharu apabila akhirnya berpeluang untuk berjumpa dengan pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun.

Menerusi video dikongsikan, Ifa berkata dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu dengan pendakwah itu dan tidak sangka rezekinya dapat bertemu di satu majlis.

Namun lain pula ceritanya menerusi satu temu bual bersama Media Hiburan, Ifa memaklumkan dia berasa bangga kerana pendakwah itu sendiri yang datang kepadanya untuk meminta maaf.

“Seorang pendakwah, Ustazah Asma’ Harun datang sendiri berjumpa dengan saya setelah selar saya sebagai seorang wanita istidraj di media sosial. Pendakwah tau yang datang minta maaf,” katanya.

Seperti sudah dijangka, kenyataan Ifa itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan jawapan diberikan penyanyi itu seolah angkuh dan riak.

Kata netizen, Ustazah Asma’ Harun memohon maaf untuk menjernihkan kembali keadaan dan pertemuan itu hanya kebetulan serta tidak dirancang.

CATEGORIES

COMMENTS