Cara mudah nak dapatkan tol percuma selama setahun

Cara mudah nak dapatkan tol percuma selama setahun

Sedar atau tidak jumlah belanja yang dikeluarkan untuk pengangkutan tiap bulan boleh jadi mencecah ratusan ringgit. Duit minyak, parking dan tol untuk ulang-alik ke tempat kerja kadang-kadang buat korang pening kepala juga kan?

Masuk tengah bulan je, mulalah korang berkira-kira macam mana nak berjimat duit. Kadang-kadang ada yang kena bawa bekal, rembat mee segera member atau harapkan makanan dekat pantri pejabat sebab nak jimat punya pasal.

Nah ada cara mudah untuk korang jimat duit belanja!

Pssttt.. Ni min nak kongsi cara paling mudah untuk korang jimat duit belanja untuk setahun! Haa.. Tak payah ikat perut atau harapkan makanan member lagi dah.

Apa yang korang perlu lakukan hanyalah sertai peraduan Touch ‘n Go yang menawarkan ganjaran akses tol percuma selama setahun!

Yee, setahun tau geng bukan seminggu atau sebulan. Memang jimat banyaklah kalau selama setahun korang tak perlu bayar tol lansung. Pergi kerja hari-hari tak payah risau nak tambah nilai Touch ‘n Go lagi dah, jimat duit dan masa!

Seronok kan?! Min gerenti korang pergi dan balik kerja mesti senyum je sepanjang jalan tu nanti 🙂

Tapi macam mana nak dapat tol percuma ni?

aranya mudah je geng, korang hanya perlu sertai peraduan yang dijalankan untuk semua pengguna baru Touch ‘n Go RFID. 

Haa.. Kalau korang belum lagi ada Touch ‘n Go RFID, sekarang lah masa paling sesuai untuk dapatkanya sebab rugi tau kalau korang lepaskan peluang keemasan ni.

Benda best macam ni tak datang selalu, jadi korang kena cepat sebab peraduan ni hanya berjalan sehingga 18 November nanti, kalau lambat melepas lah jawabnya..

Cara penyertaan:

  1. Beli dan aktifkan Touch ‘n Go RFIDGuna sebanyak 5 kali.
  2. 8 peserta bertuah akan dipilih dalam tempoh setiap 2 minggu.
  3. Kesemua peserta perlu menjawab beberapa soalan yang diberikan.
  4. Peserta yang menjawab soalan dengan tepat akan dipilih sebagai pemenang.

Touch ‘n Go RFID boleh didapati di 55 pusat pemasangan seluruh negara

Bila ada Touch ‘n Go RFID atau Radio Frequency Identification System ini korang dah tak perlu lagi nak susah-susah buka tingkap bayar tol atau risaukan SmartTag habis bateri sebab semua transaksi akan dibuat secara automatik sahaja dengan pengesanan pelekat RFID yang dilekatkan pada lampu depan atau cermin depan kenderaan korang.

Lagi best ianya juga boleh digunakan untuk isi minyak secara tanpa tunai melalui pembayaran automatik daripada Touch ‘n Go eWallet. Mudah sangat!

Dari segi tambah nilai pula, semuanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Jadi tunggu apa lagi?

Jom lah dapatkan pelekat Touch ‘n Go RFID korang sekarang di 55 pusat pemasangan seluruh negara atau klik je di SINI untuk pembelian online.

Siapa tahu koranglah antara yang bertuah dapat menikmati perjalanan percuma di semua lebuh raya tanpa bayaran tol!

Untuk terma dan syarat penuh penyertaan korang boleh ke laman web rasmi Touch ‘n Go di SINI.

CATEGORIES

COMMENTS