Terkini! Jumlah dan tarikh bayaran BKM Fasa 4 2022

Terkini! Jumlah dan tarikh bayaran BKM Fasa 4 2022

Sebelum ini, BKM fasa ketiga telah dibayar kepada penerima bermula 20 September 2022. Walaupun masih tidak semua penerima telah menerima bayaran, namun pembayaran sedang diagihkan kepada semua penerima secara berperingkat. DIjangka semua penerima akan mendapat bayaran pada 27 September 2022.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diteruskan lagi pembayarannya pada fasa ke-4 ini dengan jumlah dan bayaran berbeza.

Jumlah Bayaran Fasa 4 BKM 2022

Jumlah pembayaran yang akan diterima adalah seperti di dalam jadual di bawah ini.

Daripada jadual ini dapat kita lihat bahawa semua kategori akan mendapat bayaran pada pembayaran fasa 4 BKM ini kecuali golongan bujang yang berumur 59 tahun ke bawah.

Tarikh Pembayaran BKM 2022 Fasa 4

Bagi pembayaran fasa 4, ianya akan dibayar kepada penerima pada bulan Disember 2022.

Tarikh rasmi masih belum dikeluarkan. Namun, jika mengikut rekod, selalunya ianya akan dibayar pada minggu ke-empat bulan berkenaan.

Sama-sama kita tunggu dan lihat sebarang pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, atau Menteri Kewangan ataupun pihak LHDN sendiri.

Bilakah bayaran akan dibuat?

Pada bulan Disember 2022.

-portalsemakan-

CATEGORIES

COMMENTS