Terkini! Mat Kilau filem paling laris di Israel

Terkini! Mat Kilau filem paling laris di Israel

Sejak mulai ditayangkan di Malaysia sejak 23 Jun lalu, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof berjaya mencetus fenomena dalam industri perfileman negara sekaligus tembus pasaran Singapura, Indonesia dan Brunei.

Malah, filem ini sekaligus memecah rekod kutipan tertinggi filem tempatan serta mengalahkan kutipan filem-filem antarabangsa yang pernah ditayangkan di Malaysia dengan jumlah kutipan menghampiri RM100 juta.

Fenomena filem ini berterusan selepas Netflix bersetuju untuk menawarkan filem Mat Kilau pada platform mereka pada 16 September lalu yang sekaligus meraih pelbagai respon di kalangan netizen.

Dalam pada itu, sebuah lagi perkara yang mengejutkan ramai di sebalik tontonan yang tinggi di Malaysia adalah filem Mat Kilau turut tersenarai dalam 5 filem trending di Israel menerusi laman FlixPatrol.

Jumlah rakyat Israel yang menonton filem ini nyata mengejutkan serta membuatkan orang ramai tertanya-tanya mengapa filem ini menjadi pilihan di sebalik lambakan filem dari pelbagai negara yang tersedia di platform Netflix. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu ini.

Bukan itu sahaja, laman FlixPatrol turut melaporkan Mat Kilau turut berada dalam senarai top 5 filem kerap ditonton setakat semalam bagi negara Arab Saudi.

Melihat kepada fenomena filem Mat Kilau, tidak mustahil filem-filem tempatan lain mampu ikut jejak langkah yang sama dalam membolehkan filem dari Malaysia tembus pasaran luar.

CATEGORIES

COMMENTS