Cara-cara untuk elak kena caj penalti di lebuhraya

Cara-cara untuk elak kena caj penalti di lebuhraya

Satu video dikatakan sedang tular dalam talian menunjukkan seorang pengguna tidak berpuas hati dengan caj penalti yang dikenakan ke atasnya sewaktu melalui lebuh raya PLUS. Video tanpa tarikh itu sebenarnya adalah video tahun 2019 yang sudahpun isunya diselesaikan.

Dalam video tersebut, perakam mendakwa kad TNG miliknya ditolak RM50 nilai walhal harga sepatutnya adalah RM1.50. Setelalh aduan dibuat, pihak PLUS meggantikan semula kredit kad TNG mengikut yang sebenar, namun perkara yang sama berlaku lagi.

Berdasarkan penjelasan PLUS, rupa-rupanya pengguna yang mengadu itu tidak menggunakan kad TNG yang sama untuk tag masuk dan keluar PLUS. Pihak PLUS meneliti semula kamera litar tertutup dan rekod keluar masuk mendapati yang pengadu menggunakan kad TNG bernombor siri 32466xxxxx untuk masuk di Plaza Tol Southville City dan keluar menggunakan kad TNG bernombor siri 41166xxxxx di Plaza Tol UPM.

Disebabkan sistem tidak mengetahui daripada manakah pengguna memasuki lebuh raya untuk menolak kredit sebetulnya, sistem akan menganggap pengguna memasuki daripada pintu masuk paling jauh sekali dalam kes beliau, Skudai.

Perlu diingatkan yang Lebuhraya Utara-Selatan adalah lebuh raya sistem tertutup iaitu anda bayar apabila keluar daripada sistem. Ia berbeza dengan sistem terbuka yang diamalkan di kebanyakan lebuh raya di Lembah Klang apabila anda bayar di setiap plaza tol.

Untuk sistem tertutup, cara paling berkesan untuk elak diri dikenakan caj maksimum adalah masuk dan keluar menggunakan kaedah pembayaran yang sama. Selain kad TNG, sistem RFID juga akan mengenakan caj maksimum bila anda masuk dan keluar menggunakan kaedah pembayaran berbeza.

CATEGORIES

COMMENTS