Dikala rakyat bimbang dengan bencana banjir, Umno tetap nak buat pilihanraya tahun ini

Dikala rakyat bimbang dengan bencana banjir, Umno tetap nak buat pilihanraya tahun ini

Dikala rakyat bimbang dengan risiko banjir yang bakal dihadapi selepas amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetap tegas memutuskan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga.

Meskipun mendapat tentangan dari pihak pembangkang yang menyifatkan akan berlakunya banjir, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan bahawa perkara itu bukanlah satu halangan bagi pihaknya.

Kami sudah berjumpa dan selidik dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), jadi kita adakan PRU sebelum banjir.

Ini juga berkemungkinan perjumpaan dengan semua ketua bahagian buat kali terakhir sebelum PRU-15 diadakan, menurut laporan Kosmo.

Tak faham kenapa Presiden UMNO kita ni nak sangat adakan PRU sebelum penghujung tahun ni, apa salahnya tunggu waktu yang sesuai sikit. Apa pandangan korang?

CATEGORIES

COMMENTS