Tuan Ibrahim dedah semua menteri PN serah surat pada Agong bantah PM bubar parlimen

Tuan Ibrahim dedah semua menteri PN serah surat pada Agong bantah PM bubar parlimen

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan barisan menteri daripada Perikatan Nasional (PN) menyerahkan surat kepada Istana Negara bagi menyatakan rasa tidak setuju terhadap penetapan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, surat itu sudah diterima Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.

“Itu pandangan kami (untuk tidak bersetuju PRU15 diadakan tahun ini) …kami menghantar surat semalam dan Al-Sultan Abdullah menerimanya.

Terdahulu, Tuan Ibrahim mengiringi Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di Ampang, dekat sini bagi meninjau sendiri persiapan dan kesiapsiagaan bagi negara berdepan musim banjir di seluruh negara.

Selain Tuan Ibrahim, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin yang juga Naib Presiden BERSATU tidak mahu PRU15 diadakan tahun ini.

Beliau berkata, ia berikutan menteri daripada PN berpendirian kebajikan rakyat adalah perkara penting yang perlu diberikan tumpuan ketika ini.

“Saya boleh sahkan memang kami menteri daripada PN sudah mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong memohon supaya tidak dilaksanakan PRU pada masa terdekat.

“Apa yang paling penting kita dalam kerajaan ingin menumpukan kepada perkara berkaitan kebajikan rakyat,” katanya, lapor Berita Harian.

CATEGORIES

COMMENTS