Bubar parlimen: Selepas Muhyiddin, Azmin pula bedal Ismail Sabri

Bubar parlimen: Selepas Muhyiddin, Azmin pula bedal Ismail Sabri

Menteri kanan Azmin Ali turut membidas perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa menteri Perikatan Nasional (PN) sebagai punca kerajaan tidak stabil sehingga parlimen dibubar.

Seperti rakan menteri PN lain, dia yang juga ketua penerangan Bersatu berkata sudah menjadi rahsia umum bahawa pembubaran parlimen dilakukan atas desakan Umno.

“Punca sebenar ketidakstabilan dan ketidakharmonian dalam kerajaan hari ini adalah akibat percakaran kuasa antara kleptokrat dengan kluster Ismail Sabri,” katanya, menurut Malaysiakini.

Dalam kenyataan hari ini, Azmin berkata tindakan menteri PN menolak pembubaran parlimen selaras dengan keputusan kabinet pada 21 September supaya kerajaan memberi tumpuan terhadap usaha pemulihan ekonomi negara serta meningkatkan  kesiapsiagaan menghadapi banjir.

Selain itu, katanya, kabinet juga pada 7 September 2022 bersetuju bahawa pembubaran parlimen dirunding dengan menteri-menteri sebelum menyembah warkah kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Mengapa kini Ismail Sabri mempertikaikan pendirian menteri-menteri Perikatan Nasional yang telah diputuskan secara bersama dalam jemaah menteri?

“Pastinya, pendirian terbaru Ismail Sabri adalah di atas desakan presiden Umno,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS