Netizen dakwa satu Malaysia kena ‘scam’ dengan Buletin Utama TV3 semalam

Netizen dakwa satu Malaysia kena ‘scam’ dengan Buletin Utama TV3 semalam

Program berita pilihan ramai, Buletin Utama membuat kejutan apabila siaran yang sepatutnya ditayangkan tepat pukul 8 malam hari ini terpaksa ditangguhkan kira-kira 25 minit.

Difahamkan, siaran tersebut tertunda berpunca akibat masalah teknikal.

Tinjaun Kosmo! di media sosial mendapati, ramai pengguna berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Facebook dan Twitter.

Perkara itu menarik perhatian orang ramai sehingga ada yang berseloroh bahawa berita saluran TV3 itu telah dibubarkan selaras dengan pembubaran Parlimen.

“Hari itu Parlimen bubar, takkan malam ini Buletin Utama pula, kesian rakyat kena layan siaran kartun anak-anak,” komen seorang pengguna menerusi siaran langsung di YouTube Buletin Utama TV3.

“Tak ada Buletin Utama malam ini?,” ciap Ainisya di Twitter.

“Eh, ada program lain ke malam ini di TV3, kali pertama kena ‘scam’ tengok berita,” kata Mohammad Kamaruddin.

CATEGORIES

COMMENTS