Terkini! Anwar umum Nik Omar bertanding atas tiket PKR di Perak

Terkini! Anwar umum Nik Omar bertanding atas tiket PKR di Perak

Pakatan Harapan (PH)mengumumkan anak bekas menteri besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat, Nik Omar Nik Abdul Aziz bertanding di Parlimen Perak pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Presiden PKR, Anwar Ibrahim turut memaklumkan bekas ketua pegawai eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan Mat Yusop mewakili PH di Parlimen Selangor.

Turut menjadi calon PH ialah bekas pegawai kerajaan kanan, Zainal Azman Abu Seman yang akan bertanding di Perak dan bekas naib canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Hassan Basri Awang Mat Dahan di Pahang.

Pensyarah kanan Jabatan Parasitologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya yang juga tokoh profesional kelainan upaya, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz di Wilayah Persekutuan, bekas presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha (Negeri Sembilan) dan doktor falsafah di Universiti Malaya yang berusia 28 tahun, Fathin Amelina Fazlie (Perlis).

Anwar tidak menyatakan secara khusus tujuh calon itu akan bertanding di kerusi mana.

“Senarai penuh calon yang mewakili kuota PKR akan diumumkan Jumaat ini,” kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.

Nik Omar pernah bertanding sebagai calon PKR di kerusi DUN Chempaka, Kelantan pada 2018, tetapi tewas dalam pertembungan tiga penjuru yang menyaksikan calon PAS, Ahmad Fathan Mahmood menang dengan majoriti 3,474 undi.

CATEGORIES

COMMENTS