PRU15: AMANAH Perak pertaruh 9 calon anak muda

PRU15: AMANAH Perak pertaruh 9 calon anak muda

Keputusan kepimpinan menyenaraikan calon dalam kalangan Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) pada PRU15 diyakini melonjakkan sokongan pengundi kepada Pakatan Harapan (PH) Perak.

Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim berkata, sebanyak 40 peratus iaitu lapan kerusi daripada keseluruhan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal tandingi calon Pemuda yang berusia antara 30 hingga 39 tahun.

Menurutnya, satu kerusi Parlimen pula diberikan kepada calon daripada Wanita Muda Amanah yang mewakili PH kali ini.

“Dengan pencalonan ini, Pemuda Amanah Perak yakin lonjakan sokongan dari kalangan pengundi kepada PH akan diberikan selari dengan aspirasi mereka yang mahukan muka baharu dari kalangan anak muda ditonjolkan.

“Kami berharap pengundi dapat memberikan sokongan sepenuhnya kepada semua calon yang ditawarkan oleh PH.

“Ia adalah usaha mengembalikan kepimpinan kepada mereka yang bebas rasuah, berintegriti dan amanah dalam menguruskan negeri serta negara dapat direalisasikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Media melaporkan Amanah Perak mengumumkan senarai calon bagi enam kerusi Parlimen dan 20 DUN Perak untuk bertanding dengan penampilan sehingga 60 peratus muka baharu.

Pengerusinya, Datuk Asmuni Awi memaklumkan tiga calon kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN adalah muka baharu.

Calon DUN

Kota Tampan: Mohd Sabri Abdul Manaf, 39

Titi Serong: Muhammad Nakhaie Wahab, 36

Gunung Semanggol: Sheikh Khuzaifah Sheikh Abu Bakar, 35

Selinsing: Ahmad Saqif Ansarallah Jihbaz Mokhlis, 30

Belanja: Mohd Ikhmal Mohd Iskandar, 39

Kampong Gajah: Mohd Syamsul Alauddin, 37

Rungkup: Ahmad Munzirie Ahmad Kabir, 33

Behrang: Khairol Najib Hashim, 30

Parlimen

Parit: Nurthaqaffah Nordin, 31

CATEGORIES

COMMENTS