Selepas kantoi, Hishammuddin nafi berkempen dalam kem tentera

Selepas kantoi, Hishammuddin nafi berkempen dalam kem tentera

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan ada berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di dalam kem tentera seperti dakwaan yang tular di laman sosial.

Hishammuddin berkata kenyataan yang diviralkan itu adalah palsu.

Malah katanya, pagi ini Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain juga telah menafikan dakwaan yang beliau membenarkan Hishammuddin berkempen di mana-mana kem Tentera Darat.

“Fitnah, saya hanya turun berkempen di kawasan saya di Sembrong dan di Johor sahaja, tidak ada sekali pun masuk mana-mana kem untuk berkempen,” katanya, lapor Astro Awani.

Hishammuddin ditemui ketika majlis bersama calon BN bagi kerusi Parlimen Kuantan, Abdul Hamid Nazahar dan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum, Tanjung Lumpur dan Inderapura.

Kenyataan itu bagi menjelaskan kenyataan yang tular di media sosial kononnya Panglima Tentera Darat membenarkan beliau untuk berkempen di mana-mana kem tentera darat.

ideo palsu itu sebelum ini dikatakan telah tersebar di aplikasi WhatsApp.

Dalam satu kenyataan, Tentera Darat menyifatkan perkara tersebut tidak wajar dilakukan dan kenyataan PTD telah dimanipulasi oleh pihak berkepentingan dan berupaya menjejaskan imejnya.

CATEGORIES

COMMENTS