Kubu PAS pecah di Batu Lima, Parit Buntar

Kubu PAS pecah di Batu Lima, Parit Buntar

Alhamdulilah, seramai 37 orang penduduk di Batu Lima menyerahkan borang menyertai AMANAH kepada Naib Presiden AMANAH yang juga calon Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa semasa Majlis Sembang Santai bersama penduduk Batu Lima di Pekan Batu Lima.

Penyerahan borang ahli AMANAH oleh wakil penduduk Mohd Jasni Abas turut disusuli penubuhan Penaja Cawangan Pekan Batu Lima.

Penyertaan 37 penduduk yang kebanyakannya ahli Pas memberi gambaran hilangnya kepercayaan kepada kepimpinan Pas di Batu Lima.

Penubuhan Penaja Amanah Cawangan Pekan Batu Lima ini juga memberi tamparan hebat kepada Calon PN dari Pas untuk DUN Titi Serong yang merupakan antara pimpinan Pas di Batu Lima

Kehadiran penduduk sekitar Batu Lima ke Majlis Sembang Santai sangat memberangsangkan memenuhi kerusi yang disediakan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Calon N08 Titi Serong Muhamad Nakhaie Abd Wahab, Calon N09 Kuala Kurau Cikgu Anuar Ahmad dan N10 Alor Pongsu Khairul Azman.

CATEGORIES

COMMENTS