Penganalisis profesional ajak pengundi Manjoi sokong Asmuni

Penganalisis profesional ajak pengundi Manjoi sokong Asmuni

SAFT DUN MANJOI

Saya dah tahu apa nak pangkah untuk Parlimen Tambun. Saya juga sudah complete due-d untuk DUN Manjoi. Ramai yang minta saya kongsi.

Antara 3 calon yang ada, pilihan saya tetap YB DUN sekarang, YB Dato’ Asmuni.

Berlatar belakang Undang2 dari Universiti Malaya. Pernah jadi Majistret dan Timbalan Pendakwa Raya. Dia dulu orang kuat PAS bersama Ustaz Fadhil Nor sebelum masuk Parti Amanah Negara.

Pengalaman kerja Kerajaan dan politik sudah lama. Suatu ketika pernah jadi Exco Kerajaan Negeri Perak, menjaga portfolio agama. Saya dimaklumkan, walaupun sekarang tiada jawatan EXCO, Sultan Perak tetap panggil dia ke istana untuk minta pandangan. Hebat la kalau Sultan Nazrin still buat kawan.

Asal daripada keluarga susah. Ayahnya supir/ drebar. Beliau berjaya. Jadi wakil rakyat pula. Inspirasi pada orang muda.

Saya tanya ayah dan ibu saya. Macam mana performance dia. Jadi ADUN di kawasan kami. Ayah cakap dia performing. Banyak turun padang dan bagi bantuan sana sini. Orangnya humble juga, takde la eksyen macam YB. Jenuh juga ayah saya tolong promosi.

Saya due-d di surat khabar, aktif juga dalam DUN. Banyak isu dan perkara yang ditimbulkan. Bukan la set suka ponteng, hanya nak gaji dan pencen.

Makanya, setelah di due-d, dia tepati kriteria SAFT dan boleh diangkat sekali lagi. Tak rugi saya undi.

Orang Manjoi, kalau nak boleh ikut saya. Kita angkat YB berwibawa. Semoga Manjoi lebih sejahtera.

Salam hormat,
Liyana Marzuki

 

CATEGORIES

COMMENTS