
Lelaki ini dedah 2 figura belakang tabir pembentukan kerajaan baru Perak
Ramai terkejut bila di Perak cepat sangat bentuk kerajaan. Perlis yang solid pun tak kalut aih. Apa yang nak di kejar. Siapa arkitek pembentukan kerajaan Perak? Cikgu Saarani tu puppet je.
Pernah dengar nama TS Anuar Zaini? Bekas pengerusi BERNAMA. Dia adalah “sultan” takdak tahta di Perak. Saarani ni adalah puppet dia. Selepas berjaya singkirkan Peja, Saarani terhutang budi dengan dia. Manusia yang bela anjing di rumah ni di lantik jadi Yang Di Pertua Majlis Agama,Islam Perak. Gila… Orang tua yang bini dan keluarga dia free hair jadi YDP MAIPk.
Dia ni sangat takut dengan almarhum Tan Sri Harussani sebab orang paling kanan di hormati Sultan Perak sejak Sultan Azlan. Kematian Harusani menjadikan dia Beraja di mata bersultan di hati. Afifi Al Kitti yang juga orang kepercayaan Sultan tersingkir juga angkara Anuar Zaini bagi mengekang pengaruh Afifi di istana. Sekarang khutbah Jumaat pun dia yang kawal di Perak.
Cerita Anuar Zaini dengan DAP terutama Howard sudah bukan rahsia. Dia lah yang kerap kali bawa Howard bertemu Sultan Perak. Ketika kerajaan Perak belum di bentuk oleh Perikatan Nasional tahun 2020 lalu, dia cuba memujuk Sultan membentuk “kerajaan perpaduan” untuk melibatkan DAP tetapi gagal.
Peluang PRU 15 digunakan oleh Anuar Zaini untuk membawa kawan kawan liberal dia ke dalam kerajaan Perak. Pusat belum bentuk kerajaan, tiba tiba Perak yang tak de majoriti di bentuk lebih awal. Ini semua percaturan Anuar. Saarani yang kemaruk jawatan dan puppet dia memang syok la.
Dengan keputusan BN Pusat, Anuar terperangkap. Untuk lepaskan diri, dia buat cerita kononnya PERIKATAN NASIONAL tak berpakat. Bersatu akan keluar jika pilih MB PAS. lalu di bawa hujah kononnya Sultan menyatukan dua pihak bertelagah. Ini perangai buruk Anuar Zaini yang bukan sekali menjual nama Sultan. Orang istana sangat tahu dan benci tetapi takut dengan Anuar Zaini ni.
Sebagai bekas wartawan, dia memang mahir manipulasi keadaan. Siap puji PH lagi tu..sanggup berkorban. Kalau orang bijak dia akan jumpa beberapa perkara dari putar belit Anuar
- PAS dan Bersatu punca kerajaan tak wujud.
- Pas dan bersatu berebut MB dan saling tikam belakang.
- PH baik sebab berkorban untuk negeri.
- Penubuhan ini kehendak sultan padahal dia yang catur
Nanti kita londeh lagi siapa Anuat Zaini. Selama ni dia fikir dia kebal. Ada sumber bagi tau, informer dia budak Pan, Safarizal Salehudin. Aku pun tengah cari siapa Mamat ni