Dewan Rakyat: PM perbetul bacaan Al-Quran ketua pembangkang

Dewan Rakyat: PM perbetul bacaan Al-Quran ketua pembangkang

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur bacaan ayat al-Quran yang dipetik oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, kenyataan Hamzah, Ahli Parlimen Larut berunsur fitnah serta syorkan supaya beliau membaca penulisan mengenai qazaf yang bererti tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki.

“Ketua Pembangkang yang bekerja selama hampir 25 tahun, mencerca memfitnah, berkonspirasi, menimbulkan fitnah dan diteruskan dengan cara lebih licik. Saya tidak akan mengulas perkara itu kerana tentunya dia belum ditarbiyah oleh Ahli Parlimen Marang yang menulis tentang qazaf.

“Saya syorkan buku itu dibaca oleh Ketua Pembangkang dan apabila baca al-Quran, terutama bagi kita yang tidak terdidik daripada sekolah agama atau sekolah Arab, bacalah dengan betul.

Anwar kemudian membacakan surah Ali-Imran ayat 54 di dalam Dewan itu bagi membetulkan bacaan Ahli Parlimen Larut itu.

Anwar Ibrahim membentangkan bajet mini, membabitkan peruntukan berjumlah hampir RM56 bilion di Dewan Rakyat hari ini.

CATEGORIES

COMMENTS