Di saat mangsa banjir di Terengganu cecah 40,456 orang, MB pula masih bercuti di New Zealand

Di saat mangsa banjir di Terengganu cecah 40,456 orang, MB pula masih bercuti di New Zealand

Banjir di seluruh daerah di Terengganu belum menunjukkan penurunan dimana catatan jumlah mangsa banjir pada pagi Rabu mencecah 40,456 orang berbanding 39,500 mangsa pada tengah malam Selasa.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), sehingga jam 8 pagi Rabu, kesemua mangsa dari 11,197 keluarga itu ditempatkan di 299 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah di negeri itu.

Menurut kenyataan dikeluarkan, daerah Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi seramai 9,147 orang diikuti Besut (8,536), Hulu Terengganu (5,893), Setiu (4,352), Dungun (4,419), Kuala Nerus (3,597), Kuala Terengganu (2,777) dan Marang (1,735).

Jelas kenyataan itu, keadaan cuaca di seluruh negeri setakat ini menunjukkan hujan berlaku di beberapa tempat.

CATEGORIES

COMMENTS